top of page
Search

AGROBANK LANCAR BULAN PKS 2020

  • tuntastinta
  • Jun 3, 2020
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Agrobank telah mengumumkan bulan Jun sebagai Bulan PKS Agrobank 2020. Inisiatif ini bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan dan sumbangan besar komuniti PKS terutamanya pengusaha dalam bidang perniagaan agro (agropreneurs) kepada sumber pendapatan, masyarakat dan ekonomi. Pelancaran ini diadakan bersempena dengan Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Antarabangsa seperti yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 27 Jun setiap tahun. Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, berkata "PKS adalah tulang belakang kepada ekonomi kita di Malaysia. Agrobank percaya kita perlu menghargai sumbangan mereka terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia dan sekaligus menyoroti bagaimana PKS menangani perubahan landskap perniagaan." “Pandemik COVID-19 menjadikan kita lebih menghargai bekalan makanan dan memberi perhatian akan pentingnya jaminan keselamatan makanan. Inisiatif ini juga memberi peluang kepada masyarakat luar untuk mengetahui dengan lebih baik bagaimana pelanggan PKS kami dalam rantaian bekalan makanan menghadapi lanskap perniagaan ‘normal’ baru.” Program ini akan berjalan sepanjang bulan Jun, dan akan menjadi platform untuk pihak bank lebih memahami keperluan pelanggan PKS dan sekaligus menyokong pengembangan perniagaan mereka secara berterusan. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13461

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page