top of page
Search

BLUE OCEAN ROBOTICS DAN UVD ROBOTS MEREKA DIIKTIRAF SEBAGAI 50 SYARIKAT ROBOTIK UTAMA PALING BERPENG

  • tuntastinta
  • Jun 18, 2020
  • 2 min read

Pengalaman Meneruskan Pertumbuhan Global ketika Robot Nyahjangkit Digunakan sebagai Senjata Berkesan Terhadap Koronavirus dan Jangkitan yang Diperolehi di Hospital ODENSE, Denmark, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Blue Ocean Robotics mengumumkan bahawa ia telah dimasukkan di dalam senarai Robotics Business Review bagi 50 syarikat robotik paling berpengaruh di dunia (RBR50) untuk UVD Robots mereka. Pengiktirafan tersebut telah diperolehi di atas usaha dengan UVD Robot, faedah kesihatan bagi teknologi mereka dan permintaan yang semakin meningkat untuk keupayaan nyahjangkit mereka. UVD Robots menggabungkan pengetahuan mikrobiologi yang mendalam, teknologi robot berautonomi dan cahaya ultraungu untuk menghasilkan penyelesaian penyahjangkitan yang berasaskan UV-C terbaik di dunia, yang terbukti dapat menghapuskan patogen dalam masa 10-15 minit di dalam sebuah bilik. Robot itu telah dilancarkan ke lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia. “UVD Robots menguasai lebih daripada 75% pasaran dunia bagi robot penyahjangkitan UV-C bergerak berautonomi,” kata Claus Risager, Ketua Pegawai Eksekutif di Blue Ocean Robotics. “Dengan pertumbuhan yang dijangkakan di masa hadapan, pendahuluan kami antara 2 hingga 4 tahun ke atas pesaing dengan penyelesaian yang dipatenkan, kami adalah syarikat yang dominan untuk masa hadapan.” Diwujudkan melalui satu kerjasama dengan Odense University Hospital, Blue Ocean Robotics telah mencipta UVD Robots sebagai sebuah anak syarikat pada tahun 2014 untuk menyelesaikan masalah bagi Jangkitan yang Diperolehi di Hospital (HAI). Satu dalam lima belas orang telah dijangkiti di hospital. Eugene Demaitre, editor kanan di The Robot Report and Robotics Business Review, berkata, “Penyelesaian itu telah diperkenalkan ke pasaran malah sebelum pandemik COVID-19, dan sejak itu UVD Robots telah dapat meningkatkan pengeluaran mereka kepada permintaan global yang semakin meningkat untuk penyahjangkitan berautomatik. Kami menjangkakan bahawa syarikat RBR50 Denmark itu akan, di masa hadapan, membantu kedua-dua hospital dan lokaliti lain untuk juga mencegah jangkitan.” http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13499

 
 
 

Commentaires


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page