LEDDARTECH BERBANGGA MENJADI PENAJA DAN PENYAMPAI DI MOBILITY RE-IMAGINED MOVE 2020 AMERIKA PADA 1-3
- tuntastinta
- Aug 26, 2020
- 2 min read
QUEBEC CITY, 25 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan, berbangga menjadi penaja Mobility Re-imagined MOVE 2020 Amerika yang akan dianjurkan secara maya buat pertama kali pada 1-3 September 2020. “LeddarTech teruja untuk terlibat dalam acara besar ini yang menghimpunkan peneraju industri dalam inovasi mobiliti dan automotif,” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Global. “Peralihan daripada acara fizikal kepada maya telah membolehkan MOVE 2020 untuk mencapai khalayak lebih besar, dan tahap penyertaan dan interaksi acara ini menjanjikan ini sebuah acara yang tidak harus ketinggalan pada bulan September nanti. MOVE 2020 akan berlangsung bertepatan untuk LeddarTech dengan perolehan syarikat perisian pergabungan penderia dan persepsiVayaVision pada bulan Julai,” kata En. Aitken. LeddarTech akan memimpin dua sesi utama di MOVE 2020 · Pada 1 September (3:40 PM EST), LeddarTech akan menganjurkan perbincangan meja bulat secara maya untuk meneroka cara tindanan pergabungan penderia boleh mempercepat ciri ADAS dan keupayaan AD untuk mempercepat pelaksanaan teknologi Tahap 3 hingga 5. Menyertai Pierre Olivier, CTO LeddarTech untuk sesi ini ialah Pierre Lefevre, CTO COAST Autonomous dan yang lain. · Pada 1 September (4:50 PM EST), LeddarTech akan menganjurkan perbincangan panel interaktif berserta pakar utama industri yang bertajuk “Multiple sensing modalities case study: The key to Level 3 to 5 autonomy.” Sesi ini akan mengkaji cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan besar-besaran bagi teknologi automasi kenderaan dan menunjukkan cara pergabungan penderia boleh menghadapi cabaran teknikal ini dengan mengeksploitasi kekuatan setiap modus penderiaan secara sepenuhnya – kamera, radar dan LiDAR. Industri sepakat bersetuju bahawa aplikasi pemanduan berautonomi Tahap 3 hingga 5 memerlukan berbilang penderia dan kombinasi penderia. Pergabungan penderia dan pembangunan persepsi mempercepat masa kepada pasaran bagi pelanggan secara signifikan sementara merendahkan kos dan mengurangkan risiko. Dengan menambahkan teknologi ini kepada portfolio LeddarTech yang merangkumi LeddarEngine™ untuk pembangunan LiDAR Peringkat 1 dan penderia LiDAR untuk industri mobiliti, syarikat ini berada dalam kedudukan yang baik untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan mereka pada semua tahap pembangunan daripada tahap 2-5. Lihat MOVE 2020 untuk maklumat lanjut dan membuat pendaftaran http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13697









Comments