ALIBABA MEMPERKENALKAN KILANG DIGITAL PEMBUATAN BAHARU
- tuntastinta
- Sep 18, 2020
- 3 min read

Pembuatan yang dikuasakan oleh kecerdasan awan memberi peluang sama rata kepada PKS, yang membolehkan akses kepada penyesuaian kumpulan kecil dan ketangkasan dalam pengeluaran HANGZHOU, China, 17 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA dan HKEX: 9988, “Alibaba” atau “Kumpulan Alibaba”) hari ini memperkenalkan model Pembuatan Baharu mereka buat kali pertama dengan pembukaan Kilang Digital Xunxi (“Xunxi”).
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200915006386/en/
Dikuasakan oleh infrastruktur pengkomputeran awan dan loT Alibaba, kilang yang berpusat di Hangzhou itu menawarkan kepada PKS dengan satu rantaian bekalan pembuatan akhir-ke-akhir digital yang membolehkan untuk pengeluaran yang disesuaikan sepenuhnya dan dipacu oleh permintaan. Ini memberikan perniagaan dan pengeluar yang lebih kecil terutamanya dengan keupayaan untuk mendapat faedah daripada digitalisasi pasaran1 pembuatan China yang bernilai lebih RMB30 trilion (lebih USD4 trilion) dengan dapat bertindak balas dengan lebih baik dan pantas terhadap perubahan keperluan pelanggan. “Data adalah teras bagi Pembuatan Baharu dan memanfaatkan wawasan data adalah kunci kepada meraih peluang-peluang baharu di dalam peralihan keutamaan pengguna untuk barang yang diperibadikan dan bukannya yang dihasilkan secara besar-besaran. Pembuatan Baharu mengubah pengeluar tradisional dengan kecerdasan dan teknologi yang dipacu oleh data untuk bergerak ke arah satu model pengeluaran yang lebih tangkas berdasarkan kepada permintaan tepat masa,” kata Alain Wu, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Xunxi Digital Technology Company, Kumpulan Alibaba. “Ini membolehkan pengeluar tradisional untuk meningkatkan keuntungan dan mengurangkan tahap inventori dan pada masa yang sama masih dapat memenuhi keperluan personalisasi ini.” Pengenalan bagi Pembuatan Baharu adalah satu lagi kejayaan penting di dalam pelaksanaan strategi “Lima Baharu” Alibaba yang pertama kali diperkenalkan oleh pengasas Jack Ma pada tahun 2016, dan terdiri daripada Peruncitan Baharu, Pembuatan Baharu, Kewangan Baharu, Teknologi Baharu dan Tenaga Baharu. Pada peringkat awal, pakaian telah dikenal pasti sebagai titik permulaan bagi Xunxi – satu sektor di mana kitaran pengeluaran yang panjang dan tahap inventori yang tinggi telah lama menjadi satu masalah bagi syarikat-syarikat kecil dan besar. Dikuasakan oleh teknologi baharu seperti pensumberan tepat masa, perancangan proses dan kos, logistik dalaman automatik dan sistem operasi pembuatan Xunxi, kilang itu dapat menghasilkan pesanan dalam jumlah kecil dengan kos yang berpatutan dan dengan masa penghantaran yang lebih pendek, seterusnya meningkatkan kecekapan pembuatan dari 25% kepada purata 55%. Model ramalan trend dan jualan Xunxi di samping platform reka bentuk produk bersepadu yang dibantu oleh kecerdasan buatan mereka sendiri memberikan pandangan kepada pengeluar mengenai pilihan pengguna. Aliran maklumat yang dipertingkatkan ini dapat mengurangkan kos penyelidikan dan pengembangan dan membolehkan perniagaan untuk memanfaatkan peluang-peluang yang berkembang pesat untuk personalisasi pengguna. Pakaian secara konsisten merupakan satu daripada kategori terbesar di tempat pasaran runcit Alibaba di China, yang telah memberikan syarikat itu dengan satu kelebihan yang tidak dapat ditandingi dalam mengumpulkan pandangan pelanggan. Pada masa lampau, lebihan inventori telah menyebabkan kerugian pendapatan 30% merentasi keseluruhan industri itu. Projek perintis Xunxi itu menunjukkan komitmen Alibaba untuk memudahkan menjalankan perniagaan di mana sahaja. Dengan memanfaatkan pengeluaran ‘buatan-awan’ ini, perniagaan bersaiz kecil dan sederhana dapat terus bersaing di pasaran fesyen yang bergerak pantas. Sejak penubuhannya, kilang itu telah bekerjasama dengan pedagang Taobao dan Tmall, penyiar penstriman langsung dan pereka pakaian untuk berjalan untuk meneroka dan eksperimen dengan kemungkinan baharu dalam pembuatan pakaian. Pada 14 September, Forum Ekonomi Sedunia (WEF) menetapkan Kilang Digital Xunxi sebagai sebuah Rumah Api sebagai sebahagian daripada Rangkaian Rumah Api Global mereka, sebuah komuniti yang terdiri daripada syarikat-syarikat terkemuka di dunia yang telah berjaya menggunakan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat secara besar-besaran. Gelaran itu mengiktiraf pencapaian Xunxi dalam menggabungkan teknologi digital yang mantap dengan pandangan pengguna dan membawa sebuah model Pembuatan Baharu yang sepenuhnya digital. Kejayaan Xunxi itu diperlihatkan pada masa pandemik COVID-19 sedang memangkinkan satu pecutan di dalam transformasi digital bagi pelbagai industri. Di masa hadapan, Kilang Digital Xunxi akan membantu pelanggan pakaian mengurangkan tahap inventori dengan lebih jauh, dan pada masa yang sama meningkatkan kecekapan dan juga tahap pelangganan. Ketika inisiatif itu berkembang maju, teknologi itu akan direplikakan ke sektor lain selain tumpuan semasa pada fesyen dan pakaian. Wu berkata, “Kami berharap dapat belajar daripada dan menjalin kerjasama dengan rakan industri untuk membina ekosistem bagi Pembuatan Baharu secara bersama.” http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13751
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comentarios