top of page
Search

LITHIUM WERKS AKAN MENJUAL SERBUK KATOD NANOPHOSPHATE KEPADA PENGELUAR BATERI LITIUM

  • tuntastinta
  • Sep 18, 2020
  • 1 min read

Lithium Werks, B.V. mengumumkan rancangan untuk mula menjual serbuk katod Nanophosphate® yang terkenal di dunia untuk bateri litium kepada pengeluar bateri litium. Lithium Werks juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk pelesenan portfolio globalnya bagi paten proses pengeluaran LFP kos rendah. AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 17 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lithium Werks dengan sukacitanya mengumumkan bahawa berkuat kuasa serta-merta, mereka kini menjual serbuk Nanophosphate® berpaten dan proprietari yang terkemuka di dunia. Teknologi ini pada asalnya dibangunkan oleh MIT, yang kemudiannya dikomersialkan oleh A123 Systems, Inc. terlebih dahulu. Lithium Werks telah memperoleh hak kepada bahan katod yang mengubah keadaan, bebas kobalt dan kini sudi menjual serbuk LFP terkemuka ini kepada pengeluar bateri ion litium. Sementara syarikat bateri lain sedang cuba mengurangkan jumlah kobalt dalam bateri ion litium, Lithium Werks telah berjaya menghapuskan bukan sahaja kobalt, tetapi nikel logam yang mahal dan berat. Nanophosphate® telah digunakan dan disahkan dalam lebih daripada 10,000 bas elektrik hibrid di atas jalan raya untuk jutaan batu sejak tahun 2014, serta digunakan pada banyak produk perubatan, industri dan penyimpanan tenaga lain sepanjang dekad yang lalu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13758

 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page