top of page
Search

LEDDARTECH MENGUMUMKAN PERJANJIAN KERJASAMA DENGAN FLEX UNTUK PEMBANGUNAN PENYELESAIAN LIDAR HADAPAN

  • tuntastinta
  • Oct 15, 2020
  • 2 min read

QUEBEC CITY, 13 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju dalam teknologi penderiaan ADAS dan AD tahap 1-5, berasa sukacita untuk mengumumkan perjanjian projek kerjasama dengan Flex (NASDAQ: FLEX) untuk pembangunan kit penilaian LiDAR dan tawaran perkhidmatan berkaitan untuk reka bentuk, pembangunan, dan pengeluaran penderia LiDAR automotif. Flex ialah syarikat pengeluar, rantaian bekalan, dan teknologi global utama. Perkongsian kerjasama antara LeddarTech dengan Flex menggabungkan teknologi penderiaan LeddarTech dengan kepakaran dan perkhidmatan reka bentuk Penyelesaian Automotif Flex untuk menyampaikan penderia LiDAR automotif dioptimumkan kepada pelanggan. LeddarTech mengalu-alukan Flex sebagai ahli kepada Leddar™ Ecosystem pasukan peneraju teknologi dan industrinya. Kerjasama menggabungkan kefleksibelan dan kebolehskalaan platform penderia dan ekosistem LeddarTech dengan kepakaran reka bentuk dan pengeluaran penderia LiDAR Flex yang diperibadikan untuk keperluan pelanggan dan penggunaan. Platform LeddarTech juga merangkumi pergabungan penderia dan perisian persepsi, yang menyokong kerjasama ini secara lebih lanjut dengan mendayakan pelanggan untuk mencapai prestasi dan kos sistem ADAS & AD optimum berserta kamera, RADAR, dan penderia LiDAR yang dibekalkan Flex. Secara keseluruhannya, kerjasama ini memberikan laluan yang berdaya maju kepada pengerahan volum untuk sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) dan pemanduan berautonomi (AD). “Kerjasama dengan Flex membolehkan LeddarTech menawarkan penyelesaian LiDAR automotif optimum kepada pasaran,” kata Michael Poulin, Naib Presiden, Kerjasama Strategik dan Pembangunan Korporat di LeddarTech. Beliau meneruskan: “Kerjasama ini mengurangkan masa kepada pasaran untuk pelanggan dan mengurangkan kos pembangunan dan risiko sambil menyampaikan manfaat model platform terbuka dengan kefleksibelan tinggi dan peluang untuk penyesuaian, pembezaan dan nilai tambahan. Dengan menggabungkan keupayaan reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran Flex, bekerja secara sinergi sebagai sebahagian daripada Leddar Ecosystem, kita menyediakan semua bahan utama secara kolektif untuk mengerahkan penggunaan ADAS & AD LiDAR dan didayakan LiDAR pada skala,” simpul En. Poulin. “Flex berbesar hari untuk berganding bahu dengan LeddarTech dan rakan kongsinya,” kata Mike Thoeny, Presiden Kumpulan Perniagaan Automotif di FLEX. “Flex bersedia untuk menyumbang dengan kepakaran dan teknologinya untuk menyediakan teknologi penderia penting kepada pasaran yang berpotensi menyelamatkan nyawa dan menyampaikan kemudahan yang lebih besar kepada pemilik kenderaan dan pengguna perkhidmatan mobiliti. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan LeddarTech pada pengeluaran besar-besaran penderia LiDAR automotif berdasarkan platform penderia terbuka mereka.” http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13855

 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page