top of page
Search

MAJLIS MENANDATANGANI MOU UMK DAN KERAJAAN NEGERI

  • tuntastinta
  • Oct 24, 2020
  • 1 min read

KOTA BHARU, 21 Okt (Bernama) -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) dan Kerajaan Negeri Kelantan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan kerjasama menguruskan kemiskinan dan bidang keusahawanan berasaskan kepakaran serta fokus masing-masing khususnya kepada rakyat di Negeri Kelantan. Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah manakala Kerajaan Negeri pula diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UkeKWa), YB Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi. Turut hadir, Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan (UKeKWa), Pn. Ilvira Mohd Dasuki dan Pengarah InsPeK, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail. Sementara itu, Pengarah InsPeK, Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal berkata, kerjasama UMK dan Kerajaan Negeri membabitkan projek “Lembah Barakah: UMK- Kelantan Bersama Melangkah ke Hadapan”. Selain itu, MoU ini juga memfokuskan keperluan petukaran kepakaran antara UMK dan UKeKWa. “Antara aktiviti yang sedang dilaksanakan berasaskan kepakaran bersama ialah, Pemetaan Ekosistem Wali dan Kerabat Komuniti Miskin di Kota Bharu Kelantan serta beberapa aktiviti yang melibatkan peningkatan kepakaran dalam penyelidikan dan pembinaan kapasiti komuniti di negeri Kelantan. Oleh: Pusat Komunikasi Korporat SUMBER: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ​http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13882

 
 
 

Commentaires


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page