BAHAGIAN MARIN STARR MELANCARKAN PROGRAM KAWALAN KERUGIAN SISTEM PENGURUSAN TERMINAL
- tuntastinta
- Oct 29, 2020
- 1 min read
NEW YORK, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starr Marine, satu bahagian dari Starr Insurance Companies, telah memperkenalkan satu Program Penilaian Sistem Pengurusan Terminal (TMS) yang komprehensif, yang direka untuk membantu pelanggan Starr mengenal pasti dan mengurangkan risiko yang unik kepada operasi terminal marin dari segenap saiz. Program TMS itu, yang dibangunkan bersama dengan pakar-pakar industri, adalah satu peranti proprietari yang direka untuk mengukur operasi terminal terhadap amalan terbaik industri. Dengan menggunakan juruukur marin bebas, Pasukan Perkhidmatan Kawalan Kerugian Marin Starr bekerjasama dengan pihak pengurusan terminal untuk melakukan penilaian dan kajian semula secara menyeluruh di lokasi berhubung prosedur operasi, penyelenggaraan dan keselamatan. Penilaian itu menyediakan kepada pelanggan dengan satu skor penanda aras dan cadangan terperinci untuk meningkatkan inisiatif pengurusan risiko dan pelan kawalan kerugian bagi operasi mereka.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13912
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments