top of page
Search

ANUGERAH DISERTASI KEDOKTORAN AKADEMI BAGI SAINS PEMASARAN MARY KAY DIUMUMKAN

  • tuntastinta
  • Jul 28, 2021
  • 3 min read

ANUGERAH DISERTASI KEDOKTORAN AKADEMI BAGI SAINS PEMASARAN MARY KAY DIUMUMKAN PADA PERSIDANGAN TAHUNAN 2021 Anugerah Disertasi Kedoktoran yang ditaja oleh Mary Kay menyediakan geran kepada pelajar kedoktoran untuk melanjutkan aspirasi profesional dan pendidikan mereka dalam bidang yang berkaitan dengan pemasaran


DALLAS, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong korporat terkemuka untuk pemerkasaan dan keusahawanan wanita, meneruskan sokongan mereka selama beberapa dekad bagi pendidikan dan penyelidikan dengan pengumuman bagi pemenang 2021 untuk Anugerah Cadangan Disertasi Kedoktoran dan Disertasi Kedoktoran Mary Kay di Persidangan Tahunan Akademi bagi Sains Pemasaran (AMS) yang diadakan secara maya pada bulan lalu. Selama lebih 25 tahun, syarikat kecantikan global itu telah menganugerahkan geran tahunan ini untuk menyediakan calon-calon kedoktoran di dalam bidang pemasaran dengan peluang untuk mempamerkan disertasi mereka yang dipertahankan dengan jayanya di hadapan rakan sejawat mereka. Peserta akhir dipilih berdasarkan kepada pembentangan akhir mereka di Persidangan Tahunan AMS itu.


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:


Penyerahan adalah dibuka kepada pelajar kedoktoran daripada program di mana-mana universiti yang diiktiraf, kolej pengajian tinggi, sekolah perniagaan atau sekolah pengurusan di seluruh dunia. Peserta akhir bagi Anugerah Cadangan Disertasi Kedoktoran dan Disertasi Kedoktoran Mary Kay 2021 adalah:


Peserta Akhir Anugerah Cadangan Disertasi Kedoktoran Mary Kay 2021


Pemenang – Luo Bowen, Calon PhD, Universiti Rochester, Amerika Syarikat

Naib Johan Pertama – Aleksandrina Atanasova, Calon PhD, Royal Holloway University of London, United Kingdom

Naib Juara Kedua – Riley Krotz, Calon PhD, Universiti Tennessee, Amerika Syarikat


Peserta Akhir Anugerah Disertasi Kedoktoran Mary Kay 2021


Pemenang – Irene Nahm, PhD, Universiti Minnesota, Amerika Syarikat

Naib Johan Pertama – Constant Pieters, PhD, Universiti Tilburg, Belanda

Naib Juara Kedua – Victor Lima, PhD, Universiti York, Kanada


“Mary Kay komited untuk menyediakan peluang bagi pemerkasaan, kemajuan kerjaya dan pendidikan di seluruh dunia,” kata Sheryl Adkins-Green, Ketua Pegawai Pemasaran di Mary Kay Inc. “Menyokong profesional pemasaran melalui Anugerah Cadangan Disertasi dan Anugerah Disertasi Akademi bagi Sains Pemasaran membolehkan individu luar biasa untuk menyinar dan memajukan kerjaya mereka. Mereka memberikan sumbangan besar kepada bidang pemasaran dan kami merasa terhormat kerana dapat menyokong mereka dalam usaha mereka.”


“Setiap tahun, kami menerima berdozen penyerahan bagi Anugerah Disertasi Mary Kay daripada kalangan profesional pemasaran yang ingin memajukan kerjaya mereka dan menerima maklumat balas kritikal daripada rakan sejawat mereka bagi membantu memantapkan disertasi mereka,” kata Julie Moulard, Presiden Akademi bagi Sains Pemasaran. “Selama lebih dua dekad, Anugerah Disertasi Mary Kay telah menyediakan peluang-peluang untuk menyusun dan menyempurnakan penyelidikan, jaringan mereka dengan pemimpin industri, dan meningkatkan kebolehlihatan di kalangan rakan akademik mereka, yang kesemuanya adalah penting untuk membuktikan lagi usaha mereka dan menerbitkan penemuan mereka dalam jurnal-jurnal pemasaran yang boleh dipercayai.”


Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Disertasi Akademi bagi Sains Pemasaran Mary Kay, sila klik di sini.


Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau hampir 60 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik, dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang untuk menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berinovatif, dan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia untuk memberi impak sosial yang positif. Mary Kay Global Design Studio adalah agensi kreatif dalaman yang berfungsi sebagai inkubator kreatif bagi kerjasama dan kempen penjenamaan fesyen, pereka dan pempengaruh Mary Kay, untuk mengubah reka bentuk produk dan pembungkusan dan inovasi digital yang dihadapi pengguna.


Maklumat mengenai Akademi bagi Sains Pemasaran

Akademi bagi Sains Pemasaran adalah sebuah organisasi profesional, ilmiah, antarabangsa, tidak mencari keuntungan. Ia dikhususkan untuk mempromosikan standard dan kecemerlangan yang tinggi di dalam penciptaan dan penyebaran pengetahuan pemasaran dan pelanjutan bagi amalan pemasaran melalui satu peranan kepimpinan di dalam disiplin pemasaran di seluruh dunia. Akademi itu komited kepada standard etika dan kekolejan yang paling tinggi di dalam mengejar misi ini. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14806

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page