BANDAR RAYA MARITIM FUZHOU MENERUSKAN PEMBANGUNAN YANG KUKUH DAN MAPAN
- tuntastinta
- Jan 6, 2023
- 1 min read

FUZHOU, China, 6 Jan., 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
Baru-baru ini, video promosi mengenai Fuzhou dari Wilayah Fujian, yang bertajuk "Apa Yang Anda Tidak Tahu Tentang Fuzhou -- sebuah Bandar Raya Maritim", telah dikeluarkan melalui akaun media sosial luar negara termasuk "Paris Oriental Center", "Discover Fujian" dan "Discover Fuzhou", yang menunjukkan kepada dunia Fuzhou, sebuah Bandar Raya Maritim yang menampilkan kebijaksanaan, inovasi, ekologi dan kemakmuran.
Di dalam video promosi itu, industri logistik antarabangsa termaju Fuzhou, pangkalan perikanan laut dalam negara, pusat logistik rantaian sejuk utama kebangsaan dan industri-industri pantai yang lain terletak di garis pantai panjang yang menjadi saksi kepada sebuah ekonomi marin yang semakin berkembang dengan didorong oleh inovasi di dalam sains dan teknologi.
Dengan keadaan maritim yang hebat, industri perikanan Fuzhou sedang bergerak ke laut yang lebih dalam, dan pemprosesan bagi produk akuatik menjadi semakin canggih, yang memacukan pembangunan mapan bagi industri marin.
Garis Pantai Emas Fuzhou adalah sebuah syurga bagi pelancong untuk lebih dekat dengan laut di mana mereka boleh menikmati pemandangan yang menakjubkan, menikmati masa lapang, belajar tentang sejarah tentera laut tempatan, menggunakan kemudahan untuk rekreasi dan kecergasan atau hanya sekadar untuk bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan kaki.
Program kerjasama maritim antarabangsa, seperti Projek "Dua Buah Negara, Taman Berkembar" yang dilancarkan bersama oleh China dan Indonesia semakin mencapai kemajuan yang pantas. Sebuah komuniti inovasi maritim di sfera bandar Fuzhou sedang mengambil bentuk.
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments