BANK MUAMALAT, AKPK ANJUR SIRI WEBINAR
- tuntastinta
- Oct 2, 2021
- 2 min read
BANK MUAMALAT, AKPK ANJUR SIRI WEBINAR UNTUK BANTU INDIVIDU HARUNGI CABARAN KEWANGAN ERA PANDEMIK
Jalin kerjasama untuk tingkatkan tahap celik kewangan ketika norma baharu
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) pada 30 September 2021 telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membangunkan siri webinar literasi kewangan dan pengurusan hutang. Melalui MoU ini, Bank Muamalat akan menganjurkan siri webinar tersebut secara percuma untuk kakitangan syarikat panelnya, sementara AKPK akan menyediakan tenaga pakar bagi menyampaikan modul berhubung pengurusan kewangan kepada peserta.
Pada majlis menandatangani MoU yang diadakan secara maya ini, Bank Muamalat diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin sementara AKPK pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azaddin Ngah Tasir. Majlis ini turut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Perbankan Runcit, Zury Rahimee Zainal Abiden dan Pengurus Khas Perhubungan Awam (Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif), Mohamad Khalil Jamaldin.
Jalinan kerjasama antara Bank Muamalat, selaku sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya di negara ini, dan AKPK adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Sehingga kini, Bank Muamalat telah pun menganjurkan 65 sesi webinar dengan jumlah capaian penonton sebanyak 67,033. Program ini akan diteruskan hingga Disember 2021 dengan penyertaan AKPK bagi memberi pendedahan mengenai pengurusan kewangan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan peserta di era pandemik.
Presiden and Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata siri webinar ini bertujuan membantu peserta untuk menangani cabaran dalam menguruskan kewangan peribadi terutamanya susulan situasi pandemik COVID-19 yang berlarutan di negara ini. Peserta webinar akan diberikan pendedahan mengenai amalan pengurusan kewangan yang berhemat, termasuk aspek pengurusan pembiayaan.
“Melalui kerjasama ini, Bank Muamalat dapat melaksanakan tanggungjawab kewangan sosialnya untuk membantu memupuk tabiat kewangan yang baik bagi menghasilkan impak positif ke atas ekonomi negara. Kerjasama antara Bank Muamalat dengan AKPK adalah hasil visi bersama kedua belah pihak untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Usaha ini perlu diperhebatkan kerana ramai individu mengalami kemelut kewangan akibat pengurangan gaji atau pemberhentian kerja sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan,” kata Khairul.
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Commentaires