CARA RASULULLAH SAW MENGURUS MASYARAKAT MAJMUK DI MADINAH
- tuntastinta
- Jul 2, 2021
- 1 min read
BACHOK, 25 Jun (Bernama) -- Sejarah Madinah membuktikan bahawa Islam berjaya mengurus masyarakat majmuk sehingga membawa kekuatan kepada Madinah. Perbezaan agama, kepercayaan, warna kulit, suku kaum, adab resam dan budaya ditangani dengan berhikmah oleh Baginda SAW. Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah telah membuka lembaran baru dan cara hidup kepada masyarakat Madinah. Nabi Muhammad SAW selaku ketua negara telah mengubal Piagam Madinah yang bertujuan mengurus dan membina hubungan baik dalam masyarakat majmuk. Penduduk Madinah ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum, suku dan puak seperti kaum Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj yang merupakan imigran dari Arab Selatan serta suku Arab lain pula menetap di Madinah. Manakala, kaum Yahudi yang menganut ajaran Nabi Musa a.s. dianggarkan berjumlah 20 suku dan suku yang terkenal ialah Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’. Masyarakat Madinah mempunyai cara hidup tersendiri dan mempunyai ikatan sosial yang terpisah daripada satu kelompok dengan kelompok yang lain. Penghijrahan ini mengubah komposisi penduduk Madinah menjadi tiga kelompok besar iaitu kaum Arab Mekah, kaum Arab Madinah dan Yahudi. Kaum Arab Mekah yang beragama Islam merupakan kaum pendatang dikenali sebagai Muhajirin manakala kaum Arab Madinah yang menganut Islam dikenali sebagai Ansar. Di Madinah, Baginda SAW telah melakukan perubahan penting untuk menstruktur semula masyarakat baru tersebut.
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments