top of page
Search

EBC FINANCIAL GROUP MELANCARKAN SAHAM AS, MEMPERKASAKAN PEDAGANG CFD GLOBAL UNTUK MELABUR DALAM SYARIKAT AS TERUNGGUL

  • tuntastinta
  • Dec 17, 2024
  • 1 min read

LONDON, 16 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- EBC Financial Group (EBC) dengan sukacita mengumumkan pelancaran Kontrak Saham AS untuk Perbezaan (CFD) pada platform dagangannya. Penambahan yang sangat dinanti-nantikan ini meluaskan lagi rangkaian produk dagangan EBC sedia ada, yang merangkumi forex, komoditi, indeks dan banyak lagi. Dengan pelancaran ini, pedagang global kini mempunyai akses yang lancar kepada saham syarikat paling berpengaruh di dunia, termasuk NVIDIA, Tesla, Apple, Microsoft dan Meta. Pembangunan ini meletakkan EBC di barisan hadapan dalam menyampaikan peluang dagangan yang inovatif kepada pelanggan di seluruh Asia Pasifik, Amerika Latin, Afrika dan seterusnya. 


Pelancaran tersebut seiring dengan waktu penting untuk pasaran global, berikutan pilihan raya presiden AS yang telah menghidupkan semula ketidaktentuan pasaran dan peluang perdagangan. CFD Saham AS EBC memperkasakan pedagang global untuk memanfaatkan dinamik ini, menawarkan cara yang inovatif untuk mempelbagaikan portfolio sambil menavigasi landskap kewangan global yang sentiasa berubah.


Merapatkan Jurang: Akses Global kepada Pasaran Saham AS


Pasaran saham AS, yang menyumbang lebih 65% daripada permodalan pasaran global, diiktiraf sebagai pusat kewangan dan inovasi global. Dengan memperkenalkan CFD Saham AS, EBC membolehkan pelanggannya mengakses pasaran yang rancak ini, dengan memanfaatkan prestasi jenama ikonik AS merentasi sektor teknologi, perbankan dan runcit.


Tawaran ini merangkumi saham yang dipilih secara teliti, yang terkenal dengan potensi pertumbuhan dan daya tahannya seperti NVIDIA, yang menerajui dalam AI telah memacu lonjakan saham sebanyak 170% pada tahun ini.dan Apple, peneraju dalam teknologi dan produk pengguna.


 
 
 

Commenti


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page