top of page
Search

ENAM DEKAD PENUH DENGAN DEDIKASI: MARY KAY MENGELUARKAN LAPORAN ...

  • tuntastinta
  • Nov 3, 2023
  • 2 min read

ENAM DEKAD PENUH DENGAN DEDIKASI: MARY KAY MENGELUARKAN LAPORAN MENDALAM DALAM BIDANG KRITIKAL KELESTARIAN

‘Laporan Khas mengenai Kelestarian 2023’ Mengetengahkan Impak Kelestarian Alam Sekitar, Sosial dan Ekonomi Jenama Kecantikan Global tersebut Menjangkau Tempoh 60 Tahun DALLAS, 2 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., penyokong global untuk kelestarian dan pengawasan korporat, mengeluarkan ‘Laporan Khas mengenai Kelestarian 2023’ memperincikan komitmen yang tidak berbelah bahagi jenama tersebut untuk memperkaya kehidupan wanita dan memastikan masa depan mampan bagi semua. Semasa jenama kecantikan ikonik itu memperingati ulang tahun yang ke-60, Mary Kay berbangga menjadi sebahagian daripada gabungan global bersama pemegang kepentingan utama dan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengorak langkah dalam bidang kritikal kelestarian alam sekitar, sosial dan ekonomi. “Kelestarian bukan sekadar ungkapan bagi menarik perhatian untuk kami – kelestarian ini dijalinkan ke dalam jati diri kami sebagai jenama,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Sambil meraikan pencapaian kami pada tahun ini, kami terus bertekad dalam misi kami ini. Kami komited untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam keputusan ekonomi, alam sekitar dan sosial kami, memastikan yang legasi Mary Kay bukan sahaja tentang memperkasa wanita tetapi juga melindungi rumah kita yang dikongsi bersama.” Dalam dunia yang semakin berkembang pesat, Mary Kay berada di barisan hadapan perubahan, memperjuangkan kebajikan wanita sambil mengiktiraf kuasa besar yang mereka pegang dalam membentuk ekonomi global kita dan memacu perubahan bermakna dalam usaha kelestarian. Laporan 2023 mengetengahkan inisiatif yang dipacu oleh wanita di seluruh dunia: Kelestarian Alam Sekitar · Sumber Asas dan Berharga: Air · Kuasa Wanita dalam Pemuliharaan · Peranan Wanita di Pusat Pemulihan Lautan Kelestarian Sosial · Mengalihkan Wajah Sains Di Seluruh Dunia · Merealisasikan Potensi Usahawan Wanita Sepenuhnya · Merah Jambu dan Berkuasa · Mengetuai Kemajuan dalam Penyelidikan Kanser Wanita Kelestarian Ekonomi · Kepelbagaian dan Keterangkuman: Pemacu Utama Inovasi Produk · Memperkasa Jutaan Usahawan Wanita Di Seluruh Dunia · Merintis Penyelidikan Kesaksamaan Jantina dalam Algoritma dan Kecerdasan Buatan

Laporan itu mengikuti Laporan Impak Kelestarian & Sosial 2020-2022 Mary Kay yang merangkumi tiga tonggak kelestarian – ekonomi, alam sekitar dan sosial. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang strategi kelestarian global Mary Kay, klik di sini.


 
 
 

댓글


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page