top of page

GRADIANT MELANCARKAN ALKALI, DIKUASAKAN OLEH EC2, PROSES PENGELUARAN LITIUM GRED BATERI PALING CEKAP DI DUNIA



Syarikat bebas baharu Gradiant akan mempercepat penskalaan pengeluaran litium gred bateri untuk memenuhi permintaan global untuk EV, storan tenaga dan peranti mudah alih


BOSTON, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, penyedia penyelesaian global untuk rawatan air dan air sisa canggih, mengumumkan syarikat bebas baharu alkaLi™, iaitu sebuah syarikat kendiri khusus untuk mempercepatkan penskalaan pengeluaran litium gred bateri. alkaLi dikuasakan oleh EC2, satu-satunya penyelesaian semua dalam satu di dunia yang direkayasa untuk Mengekstrak, Memekatkan dan Menukarkan litium gred bateri.


Dengan pengunaan kenderaan elektrik, sistem storan tenaga dan peranti elektronik mudah alih mendorong permintaan global bagi litium, EC2 yang menawarkan kepada pengeluar cara baharu yang belum pernah dicipta sebelum ini untuk mempercepatkan pengeluaran litium. EC2 menampilkan pengeluaran serta-merta yang diukur dalam saat, bukan dalam tahun; untuk mengurangkan 50% kos OPEX lebih rendah dan sifar kos CAPEX; kemampanan peneraju industri dengan mengurangkan karbon dan air; serta mempercepatkan keperluan untuk memenuhi permintaan litium global. Sistem yang lengkap tersebut adalah seimbang, bersepadu dan beradaptasi untuk pelbagai sumber.


EC alkaLi2 sangat modular, sistem tiga peringkat boleh disesuaikan dengan julat sumber paling luas setakat ini, termasuk – air garam, penyejatan dan kitar semula. Teknologi ini boleh diterapkan dalam peringkat penuh atau kendiri, disepadukan dengan infrastruktur tapak sedia ada dengan pilihan untuk memperkasakan pengeluaran dengan SmartOps AI. EC2 telah diuji di makmal dan diperkembangkan serta telah berjaya melengkapkan sistem pembuktian komersial dengan SLB pada 2023. alkaLi akan terus menawarkan fleksibiliti model perniagaan yang menjadi kemasyhuran kepada Gradiant: penyediaan pengeluaran dengan pilihan CAPEX sifar yang syarikat tersebut bina, miliki dan mengendalikan penyelesaiannya.


“Tujuan utama Gradiant adalah untuk memastikan air sentiasa tersedia untuk generasi akan datang. Tujuan itu juga berserta dengan minat yang kuat dalam penyelesaian alam sekitar holistik yang melangkaui pengurusan air, termasuklah kejayaan pengelektrikan dalam kalangan masyarakat kita untuk mengurangkan beban bahan api fosil,” kata Prakash Govindan, COO Gradiant. “Permintaan untuk litium sekarang adalah mengatasi bekalan yang sedia ada. Kami perlu mempercepatkan kapasiti untuk meningkatkan prosesan penyelesaian barangan alkaLi, sebuah syarikat bebas sepenuhnya dengan tumpuan khusus untuk memaksimumkan kecekapan pengeluaran litium gred bateri.”


“Gradiant adalah syarikat lain daripada yang lain. Kami bukan sekadar sebuah syarikat air; tetapi kami juga merupakan syarikat teknologi,” tambahan Siva Kumar Kota, Ketua Teknologi Gradiant. “RO Infinity ialah pencetus revolusi kami dengan mengunakan teknologi Osmosis Songsang Aliran Balas untuk memperkasakan EC2. CFRO beroperasi dengan keperluan tenaga dan air yang jauh lebih rendah untuk menumpukan kepada had menghampiri tepu tanpa meninggalkan kesan kepada alam sekitar yang lazimnya berlaku dalam teknologi yang sedia ada.”



Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page