top of page
Search

HANGZHOU DI CHINA MENANDAKAN PENGIRAAN DETIK PELANCARAN SATU TAHUN KE SUKAN ASIA KE-19

  • tuntastinta
  • Sep 13, 2021
  • 2 min read




HANGZHOU, China, 13 Sept., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada malam 10 September, Hangzhou, bandar raya tuan rumah bagi Sukan Asia ke-19, akan mengadakan satu acara pengiraan detik pelancaran satu tahun yang menyoroti pelbagai harapan. Reka bentuk obor dan reka bentuk pakaian seragam rasmi sukan bagi Sukan Asia Hangzhou akan dilancarkan secara rasmi semasa acara itu, dengan menghantar satu jemputan kepada dunia.


Enam tahun lalu, Hangzhou menjadi bandar raya ketiga di China untuk menganjurkan Sukan Asia selepas Beijing dan Guangzhou. Sebagai sebuah gala sukan seluruh Asia, Sukan Asia itu bukan sahaja merupakan satu acara sukan, tetapi juga sebuah pertunjukan tertumpu bagi sebuah konsep peradaban, penyertaan awam, pencapaian berteknologi tinggi dan imej antarabangsa bagi sebuah bandar raya.


Dengan kedudukan keseluruhan bagi “Era Baharu, Sukan Asia yang Hebat” dan konsep bagi menganjurkan sebuah acara hijau, pintar, berekonomi dan beretika, Sukan Asia Hangzhou telah mengatasi impak COVID-19 dan mencapai kemajuan yang kukuh di dalam semua aspek persiapan.


Tahun ini adalah penentuan bagi persiapan untuk Sukan Asia Hangzhou. Sukan itu mempunyai 55 tempat pertandingan, 5 perkampungan Sukan Asia dan perkampungan kecil atlet di Hangzhou dan 5 bandar raya hos bersama di wilayah itu.


Pada masa ini, 42 tempat pertandingan telah disiapkan, dan penerimaan kefungsian pertandingan sedang dijalankan. Adalah diharapkan kesemua tempat akan disiapkan dan memasuki operasi percubaan sebelum akhir tahun 2021. Seawal Mac tahun ini, fasa pertama bagi kemasukan sukan telah disiapkan. Atas dasar 45 negara peserta (wilayah) pada tahun-tahun sebelum ini, termasuk negara-negara Oceania (wilayah) untuk pertama kalinya, meliputi kesemua 61 disiplin bagi Sukan Asia.


“Persiapan bagi Sukan Asia Hangzhou telah mencapai kemajuan luar biasa dengan banyak sorotan,” Putera Ahmed, Presiden bagi Majlis Olimpik Asia, ketika bercakap memuji persiapan bagi Sukan Asia Hangzhou pada Perhimpunan Agung OCA pada 16 Disember, 2020.


Satu lagi keputusan luar biasa daripada persidangan ini adalah pengumuman bahawa esports atau sukan elektronik dan acara ‘breaking’, satu bentuk tarian ‘breakdancing’ yang kompetitif, dimasukkan secara rasmi di dalam pertandingan di Sukan Asia Hangzhou. Setakat ini, Sukan itu akan menyaksikan 40 sukan dan 61 disiplin. Kemasukan rasmi sukan elektronik ke dalam Sukan itu telah juga menjadi satu ciri utama dan kemuncak bagi inovasi dan keterangkuman bagi Sukan Asia Hangzhou.


“Kecerdasan” seringkali disebut semasa persiapan untuk Sukan Asia Hangzhou. Mewujudkan sebuah Sukan Asia “pintar” telah menjadi tumpuan bagi semua lapisan masyarakat di dalam dan di luar negara. Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou menjadikan pembaharuan pendigitalan sebagai enjin itu dan bergantung kepada kelebihan ekonomi digital di Zhejiang dan Hangzhou untuk mempromosikan pembangunan “Sukan Asia Pintar”. Integrasi mendalam bagi teknologi terkini dengan senario Sukan Asia diterapkan di dalam menganjur, mengambil bahagian dan menonton temasya Sukan tersebut. Atlet dan tetamu Asia dapat merasakan kecerdasan bandar raya-bandar raya pintar dan daya tarikan bagi bandar raya-bandar raya masa depan.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page