top of page

HARI BELIA SELAT KE-12 DIADAKAN DI FUZHOU DI WILAYAH FUJIAN

FUZHOU, China, 16 Ogos, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 15 Ogos, Hari Belia Selat ke-12, yang ditaja bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Taiwan bagi Majlis Negeri, Persekutuan Belia Seluruh China dan Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, telah diadakan di Fuzhou di Wilayah Fujian, dan dihadiri oleh kira-kira 1,100 orang muda dari kedua-dua belah Selat Taiwan.


Sebagai acara utama bagi Hari Belia Selat ke-12, Hari Belia itu memberi tumpuan kepada bidang-bidang penting dan topik hangat bagi pembangunan bersepadu merentasi Selat Taiwan, dengan menyelam jauh ke dalam kisah-kisah peribadi dan kajian kes yang jelas, mempamerkan pencapaian di dalam membina Zon Demonstrasi untuk Pembangunan Bersepadu Merentasi Selat Taiwan, menggambarkan perjalanan yang indah bagi anak-anak muda untuk bertemu dan belajar di antara satu sama lain dan bergerak mara ke hadapan berganding tangan, dan mencipta sebuah karnival bagi mereka menyelami hati masing-masing.


Selaras dengan matlamat untuk "bandar raya mesra dan belia yang mempunyai masa depan yang cerah", Fuzhou, tuan rumah bagi acara itu, telah mengambil inisiatif untuk mengumumkan rancangan bagi menubuhkan sebuah "Bandar raya Berorientasikan Pembangunan Belia Selat" dan langkah-langkah yang berkaitan, yang menonjolkan bidang-bidang utama seperti pelancongan pendidikan, amalan sosial, dan pembinaan luar bandar, untuk dapat menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh bagi belia Taiwan yang akan datang ke Fuzhou untuk pertukaran dan pembangunan.


Sebanyak 42 aktiviti sempena Hari Belia Selat ke-12 itu akan dilancarkan dari Mei hingga Disember 2024, yang meliputi inovasi teknologi sains, pekerjaan, keusahawanan, sukan, budaya, seni, kepercayaan rakyat dan banyak lagi. Di samping itu, untuk menggabungkan pembangunan belia ke dalam semua aktiviti itu, lebih daripada 2,000 peluang pekerjaan yang dicari akan dibuka kepada anak muda Taiwan.

Fuzhou telah mengadakan Hari Belia Selat selama 11 tahun berturut-turut sejak 2013, dengan menarik 36,000 orang muda secara keseluruhan, termasuk 20,000 dari Taiwan, yang mana lebih 50% daripada mereka telah menjejakkan kaki ke tanah besar buat kali pertama.


Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Hari Belia Selat 


--BERNAMA

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page