HIMSS & KESIHATAN 2.0 MELANCARKAN PERSIDANGAN DAN PAMERAN KESIHATAN DIGITAL TIMUR TENGAH PADA 29 NOV
- tuntastinta
- Nov 26, 2020
- 1 min read
CHICAGO, 24 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Persidangan dan Pameran Kesihatan Digital Timur Tengah HIMSS & Kesihatan 2.0 akan diadakan sebagai acara digital mulai 29 Nov - 2 Dis 2020, di bawah naungan Tuan yang Terutama Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah, Kementerian Kesihatan Kerajaan Arab Saudi, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Majlis Kesihatan Saudi dan Suruhanjaya Pakar Kesihatan Saudi.
Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan cabaran semasa, visi dan idea tentang rancangan masa hadapan serta penyelesaian berpotensi dalam sektor penjagaan kesihatan pada tahap rantau dan antarabangsa. Persidangan ini juga akan membincangkan tentang dapatan terkini teknologi maklumat kesihatan dan cara mendapat manfaat daripadanya, memupuk kesedaran tentang kepentingan teknologi maklumat kesihatan dan peranannya yang berkesan dalam meningkatkan kecekapan prestasi, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penggunaan optimum bagi sumber dalam sektor kesihatan. Di samping menyerlahkan peranan pentingnya dan menyediakan kualiti setinggi mungkin dalam penyediaan jagaan kesihatan kepada semua benefisiari.
Persidangan ini akan disertai oleh para pakar dalam sektor penjagaan kesihatan digital dari dalam dan luar Kerajaan serta akan menyertakan banyak syarahan dan bengkel pendek “secara jarak jauh” dengan slogan “Mengubah Kesihatan dan Penjagaan Bersama: Daripada Visi menjadi Realiti”, yang akan dibentangkan oleh para pakar dan pensyarah dari Arab Saudi dan antarabangsa dalam bidang teknologi maklumat dan penjagaan kesihatan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14024
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments