INOVASI PENDIDIKAN WORK-BASED LEARNING PERSIAP PELAJAR DENGAN MINDA USAHAWAN BERKEMAHIRAN TINGGI
- tuntastinta
- May 10, 2023
- 1 min read

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pendidikan berasaskan pembelajaran dalam alam pekerjaan (work-based learning (WBL)) adalah salah satu langkah terbaik untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran di sebalik keadaan pasaran penempatan pekerjaan semasa yang mencabar selepas dunia dilanda pandemik COVID-19.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Innovative Capital Berhad, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, program work-based learning merupakan kaedah pembelajaran yang inovatif dalam menyediakan pelajar kepada pasaran kerja yang semakin mencabar.
“Program ini memberi peluang pelajar, belajar secara langsung di tempat kerja, pengalaman praktikal dan meningkatkan kemahiran yang diperlukan kerana format itu menyediakan pelajar dengan ilmu kemahiran berinovasi tinggi bagi menempuh dunia pekerjaan sekali gus memastikan pelajar berdaya saing di alam kehidupan sebenar.
"Pendidikan bukan lagi sekadar untuk dapat pekerjaan tetapi lebih kepada cara hidup dan kemahiran bagi menentukan kehidupan anda pada masa depan. Saya percaya bahawa keusahawanan dan inovasi dalam pendidikan adalah penting untuk mencari penyelesaian kepada masalah dunia nyata yang mempengaruhi kelangsungan hidup kita hari ini," kata Azizan dalam ucapan pembukaan di sini semalam.
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments