top of page

IVI RMA GLOBAL DAN LAVIMA FERTILITY BERGABUNG TENAGA DALAM PENYELIDIKAN RAWATAN KESUBURAN

VALENCIA, Sepanyol dan BRUSSEL, 9 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Mencari alternatif untuk mendapatkan oosit tanpa stimulasi ovari ialah bidang penyelidikan perintis dalam perubatan reproduktif. Kesukaran yang disebabkan oleh proses stimulasi ovari ialah penghalang semasa bagi sesetengah wanita dan pasangan yang sedang mempertimbangkan untuk memulakan rawatan reproduktif. Malahan, satu daripada setiap lima pasangan tidak memulakan proses untuk anak kedua disebabkan oleh perkara ini.


Stimulasi ovari ialah bahagian awal rawatan pembiakan terbantu dan merupakan fasa rawatan kemandulan yang paling sedikit kemajuan relevannya tercapai setakat ini. Bahagian ini adalah salah satu rintangan psikologi utama wanita semasa membuat keputusan untuk memulakan perjalanan ke arah alam keibuan. Kebanyakan daripada mereka runsing tentang cara proses ini boleh menjejaskan mereka secara fizikal dan emosi.


Dengan matlamat untuk mencapai kemajuan dalam bidang ini, IVI RMA GLOBAL telah menandatangani perjanjian eksklusif dengan Lavima Fertility Inc., sebuah syarikat AS dalam sektor kesuburan yang memiliki hak ke atas CAPA-IVM, teknologi rawatan kesuburan bebas hormon baharu sepenuhnya. Bersama-sama, IVI RMA Global dan Lavima Fertility telah membuka bidang penyelidikan perintis yang menyasarkan untuk menyisihkan stimulasi ovari bagi wanita yang ingin memulakan pembiakan berbantu atau rawatan vitrifikasi sel telur.


"Kami sedar bahawa fasa stimulasi ovari boleh mengakibatkan kebimbangan dan boleh menjadi penghalang keputusan untuk memulakan rawatan. Oleh sebab itu, di IVI dan bersama-sama Lavima Fertility, kami telah mengambil inisiatif dan kami akan mencabar sains dengan mencuba untuk mengoptimumkan bahagian rumit rawatan ini bagi sesetengah pesakit," jelas Dr. Nuria Pellicer, pakar sakit puan di IVI Valencia.


Sebuah kajian klinikal telah bermula di ibu pejabat IVI Valencia di bawah arahan Dr. Ernesto Bosch, pengarah klinik tersebut, dan Dr. Nuria Pellicer, bersama-sama dengan pengarah saintifik IVI RMA Global, Dr. Juan Antonio García Velasco. Lavima Fertility menyokong kajian klinikal ini dengan menyediakan CAPA-IVM dan tambahan medium kultur yang membolehkan oosit matang di luar ovari wanita secara in vitro dan tanpa memerlukan stimulasi ovari. Penyelidikan ini akan seterusnya melibatkan klinik kumpulan IVI RMA Global yang lain.


"Objektif utama kami adalah untuk terus memanfaatkan wanita melalui penyelidikan dan untuk menghapuskan halangan psikologi bagi mereka yang memilih untuk tidak memulakan rawatan, risau tentang kesan fizikal dan emosi yang diakibatkan oleh stimulasi ovari ke atas mereka, walaupun simptom berkaitan proses ini kebiasaannya sederhana dan akan berlalu dalam beberapa hari," kata Dr. Bosch.



Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page