top of page
Search

KAJIAN GLOBAL YANG PERTAMA SEUMPAMANYA TENTANG KEPELBAGAIAN DALAM PENDIDIKAN ...

  • tuntastinta
  • Oct 29, 2021
  • 3 min read

KAJIAN GLOBAL YANG PERTAMA SEUMPAMANYA TENTANG KEPELBAGAIAN DALAM PENDIDIKAN PENGURUSAN GRADUAN MENJELASKAN JURANG DALAM KAUM DAN JANTINA


Laporan mendapati penyertaan yang lebih tinggi daripada orang Amerika Afrika di sekolah perniagaan A.S. berbanding rakan kulit putih mereka, sementara wanita di seluruh dunia pula masih kurang diwakili terutamanya di Eropah


RESTON, Va., 27 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council™ (GMAC™), sebuah persatuan global untuk sekolah perniagaan graduan terkemuka, hari ini mengeluarkan laporan khas, “Kepelbagaian Bakat Global – Pencapaian dan Perwakilan,” sebuah panduan rujukan yang pertama seumpamanya untuk lebih memahami perwakilan untuk pencapaian ijazah pendidikan pengurusan graduan (GME) di seluruh dunia. Memahami bahawa sistem pendidikan di seluruh dunia mengalami gangguan disebabkan pandemik, GMAC beralih kepada keupayaan penyelidikannya yang terkemuka tatkala universiti cuba membuat penyesuaian dengan perhatian yang diperbaharui kepada isu akses dan ekuiti pelajar, serta kepelbagaian dan perwakilan dalam pencapaian pendidikan tinggi. Laporan tersebut menyediakan gambaran keseluruhan global, gambaran tujuh rantau dan laporan berasingan untuk 69 lokasi atau negara dengan anggaran 25,000 atau lebih orang dalam populasi usia pelajar berumur 20 hingga 34 tahun yang telah memperoleh ijazah sarjana dalam subjek perniagaan, pentadbiran atau undang-undang. Selain lampiran berasingan yang menyemak data tentang 111 negara lain, laporan juga mengkaji perwakilan wanita secara global dan kumpulan yang tidak diwakili di Amerika Syarikat.


“Di GMAC, kami menyedari bahawa persatuan pelajar yang pelbagai dalam jantina, bangsa dan latar belakang akan mengangkat kita semua kerana perkara ini mewujudkan pengalaman pelajar yang lebih mendalam dan meningkatkan kesensitifan terhadap isu yang menjejaskan orang lain,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Laporan ini merupakan pandangan keadaan industri global yang pertama tentang kepelbagaian dalam pendidikan pengurusan graduan yang bertujuan untuk bukan sahaja sebagai panduan bermaklumat tetapi juga sebagai asas kepada penyantunan sasaran dan menyokong nilai ijazah perniagaan graduan bagi populasi yang tidak diwakili di seluruh dunia.”


Penemuan Utama


Wanita menghadapi kesukaran untuk diwakili pada peringkat perniagaan graduan, paling ketinggalan di Eropah


Secara global, lebih ramai wanita memilih pengajian peringkat siswa dalam bidang perniagaan, pentadbiran dan undang-undang berbanding lelaki. 26.4 peratus ijazah sarjana muda yang diperoleh wanita adalah daripada bidang ini, lebih tinggi sedikit daripada yang diperoleh lelaki (24.6%). Walau bagaimanapun, pada peringkat pengajian sarjana lelaki (33.7%) lebih berkemungkinan untuk belajar dalam perniagaan, pentadbiran dan undang-undang berbanding wanita (29.4%). Data menunjukkan bahawa wanita menyaksikan minat yang lebih luas semasa melanjutkan ijazah sarjana, di samping dua disiplin lain yang popular iaitu pendidikan serta kesihatan dan kebajikan, selain sekolah perniagaan atau undang-undang.


Selain itu, wanita di Eropah dianggarkan hanya memegang 38.4 peratus ijazah perniagaan graduan di rantau itu, yang secara jelas lebih rendah daripada purata global (44.8%) dan di belakang Asia Timur dan Pasifik yang wanita merupakan majoriti (51.7%) pemegang ijazah perniagaan graduan rantau tersebut. Apabila dibandingkan dengan semua rantau, Eropah mempunyai bahagian terbesar bagi mereka yang berumur 30-34 tahun dalam rangkaian GME pada 41.8% tetapi bahagian terkecil rangkaian GME yang berumur 20-24 tahun pada kadar hanya 19.8%, menunjukkan bahawa ramai wanita di Eropah memilih untuk kembali ke sekolah perniagaan pada peringkat yang kemudian dalam kehidupan mereka.


Para graduan Amerika Afrika mendahului rakan kulit putih mereka, didorong oleh perwakilan berlebihan mereka dalam program berkeuntungan A.S.


Peratusan pemegang ijazah pengurusan graduan berkaitan dengan populasi usia pelajar atau kadar penyertaan GME, berbeza antara tujuh kaum/kumpulan etnik A.S. yang dikaji dalam laporan ini: Orang Asli Amerika atau orang Asli Alaska, orang Amerika Asia, orang Kulit Gelap atau orang Amerika Afrika, orang Amerika Latin, orang Asli Hawaii atau orang Kepulauan Pasifik Lain,Lain/Dua atau lebih kaum dan orang Kulit Putih. Walaupun persepsi umum ialah orang Amerika Afrika kurang diwakili dalam program GME, mereka menunjukkan kadar penyertaan GME sebanyak 3.0%, lebih tinggi daripada rakan kulit putih mereka pada 2.5%.


“Ternyata ramai orang Amerika Afrika yang mewakili pendidikan pengurusan graduan yang relatif kepada saiz populasi mereka apabila dibandingkan dengan kumpulan lain, walaupun sedikit,” kata Sabrina White, naib presiden keterlibatan sekolah dan industri di GMAC. “Menurut kajian GMAC sebelumnya, orang Amerika Afrika menyumbang sebanyak 37 peratus ijazah GME berkeuntungan yang diberikan pada tahun 2015-2016. Pendaftaran mereka dalam institusi berkeuntungan melebihi yang terdapat di universiti tradisional mungkin telah menyumbang kepada perwakilan berlebihan mereka dalam GME.”


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page