top of page

KARYA TEATER : “PERSIDANGAN HANTU, PERMAINAN AKHIR” Perkaya Ekosistem Seni Persembahan di Melaka

  • tuntastinta
  • 6 days ago
  • 2 min read

MELAKA, 10 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Persatuan Pengerak Anak Seni Melaka  telah menganjurkan Pementasan Karya Teater : “Persidangan Hantu, Permainan Akhir” pada 5 dan 6 Disember 2025 (Jumaat–Sabtu) bertempat di Panggung Seri, Kompleks JKKN Melaka.


Pementasan ini merupakan usaha berterusan MOTAC dan JKKN dalam memperkukuh pembangunan seni persembahan teater di Malaysia, khususnya di negeri Melaka. Melalui pendekatan pementasan ini, ia dirangka bagi memperkaya ekosistem teater tempatan, mencungkil bakat baharu dan memberi ruang kepada penggiat seni untuk terus berkarya secara profesional.


Pementasan Karya Teater : “Persidangan Hantu, Permainan Akhir” menampilkan pendekatan dramaturgi kontemporari dengan menggabungkan unsur seram-komedi sebagai medium komunikasi budaya yang dekat dengan masyarakat. Naratifnya dibina berdasarkan teknik penceritaan dramatik yang menyeimbangkan hiburan dan mesej pendidikan, menjadikannya bukan sahaja karya yang menghiburkan, tetapi juga wahana refleksi sosial. Penggunaan aspek humor dan kiasan dalam konteks makhluk alam halus berfungsi sebagai kritikan budaya yang bersifat simbolik kepda suatu kaedah yang sering dihargai dalam kajian teater moden.


Teater ini menarik minat penonton daripada pelbagai latar, termasuk pencinta bidang seni teater, penggiat seni, serta masyarakat umum yang ingin menikmati karya seni berimpak tinggi. Selain menonjolkan seni teater tempatan, pementasan ini turut menyumbang kepada usaha menjadikan seni budaya sebagai aset pelancongan berdaya saing bagi negeri Melaka, seiring pembangunan industri kreatif negara.Bottom of Form

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN. 


Platform Media Sosial Rasmi:

Facebook: @JKKN Melaka Fanpage

  Dikeluarkan Oleh:

Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka


SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 

Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka

Tel:06-233 1787 / 233 1790

Faks : 06-233 1784


Nama: Muhammad Na’im bin Azmi

Artis Budaya/ Pegawai

Unit Komunikasi Korporat

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka

Tel: 013 – 410 5664


--BERNAMA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page