KEBIMBANGAN KESELAMATAN SIBER MENARIK PERHATIAN PERINGKAT C DI ASIA
- tuntastinta
- Sep 4, 2022
- 4 min read
Organisasi di Singapura dan Malaysia, dengan melihat ancaman yang semakin meningkat, melibatkan pengurusan kanan di dalam membuat keputusan keselamatan siber, kata laporan ISG Provider Lens™
SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia, Sept 2 (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perusahaan di Singapura dan Malaysia semakin bimbang tentang bahaya serangan siber sehingga mereka mengubah cara mereka membuat keputusan berkaitan dengan keselamatan dan mendapatkan perkhidmatan keselamatan siber, menurut sebuah laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global terkemuka.
Laporan Keselamatan Siber ISG Provider Lens™ — Penyelesaian dan Perkhidmatan 2022 untuk Singapura dan Malaysia mendapati bahawa organisasi di kedua-dua buah negara mula memasukkan pengurusan kanan di dalam langkah membuat keputusan tentang strategi dan produk keselamatan siber. Mereka juga membelanjakan lebih banyak untuk penyelesaian keselamatan berasaskan awan, hujung ke hujung ketika migrasi awan mempercepatkan merentasi rantau itu.
“Lebih ramai eksekutif peringkat C di Singapura dan Malaysia ingin memahami mengenai keselamatan siber, kerana risikonya semakin meningkat,” kata Joyce Harkness, pengarah, ISG Cybersecurity untuk ANZ dan Asia Pasifik. "Serangan siber, kecurian data dan gangguan operasi mempunyai implikasi perniagaan yang serius."
Syarikat-syarikat di rantau itu sedang membangunkan strategi keselamatan siber yang lebih matang disebabkan oleh kesedaran yang semakin meningkat mengenai serangan siber, yang semakin meningkat di kedua-dua buah negara, dan pengenalan peraturan dan perundangan yang lebih ketat, kata ISG. Memandangkan mereka menyimpan lebih banyak sumber misi kritikal di dalam awan, perusahaan juga menyedari bahawa bilangan titik akses yang mereka perlu untuk dipertahankan semakin meningkat dengan pesat. Permintaan untuk produk pengesanan dan tindak balas berasaskan awan serta peranti pengurusan berasaskan web dijangka akan meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Berikutan gangguan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, perusahaan di Singapura dan Malaysia meningkatkan strategi transformasi digital untuk memanfaatkan awan, membolehkan kerja jarak jauh dan mengawal kos dengan ketat, kata laporan itu. Ini mendorong permintaan bagi perkhidmatan keselamatan siber, tetapi perusahaan mempunyai idea mereka sendiri tentang cara bagaimana mereka mahu menggunakannya: Mereka mencari pilihan pembelian yang kurang kompleks dan ingin membayar bagi perkhidmatan dan platform sebagai perbelanjaan operasi.
“Trend awan di Singapura dan Malaysia sedang mengubah keperluan keselamatan siber,” kata Jan Erik Aase, rakan dan pemimpin global, ISG Provider Lens Research. "Penyedia bagi semua saiz semakin meningkat dengan mengembangkan penawaran perkhidmatan mereka dan menyediakannya sebagai platform."
Laporan itu meneroka arah aliran dan amalan terbaik di rantau itu bagi beberapa bidang teknologi keselamatan siber, termasuk alat pengurusan identiti dan akses, sistem pencegahan kehilangan data dan perlindungan titik hujung lanjutan.
Laporan Keselamatan Siber ISG Provider Lens™ — Penyelesaian dan Perkhidmatan 2022 untuk Singapura dan Malaysia menilai keupayaan bagi 81 penyedia merentasi enam kuadran: Pengurusan Identiti dan Akses (IAM); Kebocoran Data / Pencegahan Kehilangan (DLP) dan Keselamatan Data; Perlindungan, Pengesanan dan Tindak Balas Ancaman Titik Hujung Lanjutan (ETPDR Lanjutan); Perkhidmatan Keselamatan Teknikal; Perkhidmatan Keselamatan Strategik dan Perkhidmatan Keselamatan Terurus.
Laporan itu menamakan IBM sebagai sebuah Pemimpin di dalam kesemua enam kuadran. Ia menamakan Accenture, Deloitte, Fujitsu, Microsoft dan Verizon sebagai Pemimpin di dalam tiga kuadran setiap satu. Broadcom, Celcom Axiata, Ensign, EY, LGMS, NCS, TM ONE dan Wipro dinamakan sebagai Pemimpin di dalam dua kuadran setiap satu. Laporan itu menamakan Bitdefender, CrowdStrike, CyberArk, DXC Technology, Forcepoint, KPMG, NTT, Okta, Oracle, Ping Identity, PwC, Rapid7, SailPoint, Singtel, Tech Mahindra, Trellix, Trustwave dan VMware Carbon Black sebagai Pemimpin di dalam satu kuadran setiap satu.
Selain itu, Check Point, Infosys, LastPass, Netskope, NTT dan Proficio dinamakan sebagai Bintang Yang Bersinar — syarikat-syarikat yang mempunyai “portfolio yang cerah” dan “potensi masa depan yang tinggi” mengikut takrifan ISG — dalam satu kuadran setiap satu.
Laporan Keselamatan Siber ISG Provider Lens™ — Penyelesaian dan Perkhidmatan 2022 untuk Singapura dan Malaysia tersedia kepada pelanggan atau untuk pembelian sekali sahaja di laman web ini.
Maklumat mengenai ISG Provider Lens™ Research
Siri penyelidikan ISG Provider Lens™ Quadrant ialah satu-satunya penilaian penyedia perkhidmatan seumpamanya untuk menggabungkan empirikal, penyelidikan dipacu data dan analisis pasaran dengan pengalaman dunia sebenar dan pemerhatian oleh pasukan penasihat global ISG. Perusahaan akan menemui banyak data terperinci dan analisis pasaran untuk membantu membimbing pemilihan mereka bagi rakan sumber yang sesuai, manakala penasihat ISG menggunakan laporan itu untuk mengesahkan pengetahuan pasaran mereka sendiri dan membuat cadangan kepada pelanggan perusahaan ISG. Penyelidikan pada masa ini meliputi penyedia yang menawarkan perkhidmatan mereka secara global, di seluruh Eropah, serta di Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, United Kingdom, Perancis, Benelux, Jerman, Switzerland, Nordik, Australia dan Singapura/Malaysia, dengan pasaran tambahan akan ditambah pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut tentang penyelidikan ISG Provider Lens, sila layari laman web ini.
Satu siri penyelidikan pendamping, ISG Provider Lens Archetype melaporkan, menawarkan penilaian pertama seumpamanya bagi pembekal daripada perspektif jenis pembeli yang khusus.
Maklumat mengenai ISG
ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) adalah sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Sebuah rakan perniagaan yang dipercayai kepada lebih 800 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan terkemuka dunia, ISG komited untuk membantu perbadanan, organisasi sektor awam, dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan yang lebih pantas. Firma itu pakar di dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, awan dan analisis data; nasihat sumber; tadbir urus terurus dan perkhidmatan risiko; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2006, dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih 1,300 orang pekerja profesional yang sudah bersedia daripada segi digital dan beroperasi di lebih 20 buah negara—sebuah pasukan global yang terkenal kerana pemikiran mereka yang berinovatif, pengaruh pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam serta keupayaan penyelidikan dan analisis yang bertaraf dunia berdasarkan kepada data tempat pasaran yang paling komprehensif di dalam industri itu. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.isg-one.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
Hubungi
Will Thoretz, ISG
+1 203 517 3119
Erik Arvidson, Matter Communications bagi pihak ISG
+1 617 874 5214
Sumber : Information Services Group, Inc.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments