KIOXIA MEMPERKENALKAN SSD RUNCIT BAHARU UNTUK GENERASI SETERUSNYA DAN PC ARUS PERDANA
- tuntastinta
- Jul 30, 2021
- 2 min read

Siri EXCERIA PRO menawarkan teknologi PCIe® 4.0 dan Siri EXCERIA G2 menyampaikan peningkatan prestasi bagi mereka yang suka buat sendiri yang mencari nilai
TOKYO, 29 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan dua siri pemacu keadaan pepejal (SSD) baharu yang dijadualkan akan dikeluarkan pada suku keempat tahun 2021. Siri EXCERIA PRO dan EXCERIA G2 itu adalah penyelesaian gred pengguna terbaharu bagi syarikat itu untuk penggemar tegar hari ini dan pembina sistem DIY arus perdana. SSD baharu Kioxia, yang merupakan produk yang sedang dibangunkan, akan menjadi barang pamer rujukan di Ekspo dan Persidangan Hiburan Digital China (ChinaJoy) di Shanghai dari 30 Julai hingga 2 Ogos.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210728006136/en/
Menggunakan antara muka PCIe Gen4x4 generasi akan datang, Siri EXCERIA PRO dibina untuk persekitaran PC yang mendesak. Siri baharu ini akan menawarkan lebih daripada 2x kelajuan bacaan berurutan maksimum[1] bagi Siri EXCERIA PLUS berasaskan PCIe Generasi 3, dengan menyampaikan pengalaman penyimpanan berprestasi tinggi untuk pencipta kandungan, pemain dan kalangan profesional.
Kioxia juga melancarkan siri EXCERIA G2 arus perdana yang dikemas kini, dengan peningkatan prestasi dan kapasiti. Siri SSD kelas arus perdana ini akan menawarkan prestasi berurutan lebih 2,000MB/s[1] dan kapasiti sehingga 2TB bagi pengguna yang mencari kemampuan.
Memaparkan memori kilat 3D BiCS FLASH™ Kioxia, Siri EXCERIA PRO dan EXCERIA G2 itu menggunakan faktor bentuk sebelah jenis M.2 2280 yang sesuai bagi kedua-dua komputer meja dan komputer buku. Setiap siri juga akan menyokong Perisian Pengurusan Utiliti SSD Kioxia untuk membantu memantau dan mengekalkan SSD anda.
Nota
[1] Anggaran prestasi adalah di peringkat permulaan dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
* PCIe adalah tanda perniagaan berdaftar bagi PCI-SIG.
* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi pemilik syarikat mereka masing-masing.
* Definisi kapasiti: Kioxia mendefinisikan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 230 = 1,073,741,824 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti penyimpanan yang lebih sedikit. Kapasiti penyimpanan yang tersedia (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berubah berdasarkan saiz fail, format, pengaturan, perisian dan sistem pengendalian, seperti Sistem Pengoperasian Microsoft dan/atau aplikasi perisian yang telah diprapasang, atau kandungan media. Kapasiti berformat yang sebenarnya mungkin berbeza.
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments