KYALIO MELANCARKAN PERPUSTAKAAN PEMBEDAHAN VR ENDO-LAPAROSKOPIK HARI KE HARI, YANG PERTAMA DI ASIA
- tuntastinta
- Jul 8, 2021
- 2 min read
SINGAPURA, 9 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 1 Julai 2021, Kyalio dan Pakar Bedah Endoskopik dan Laparoskopik Asia (ELSA), sebuah persatuan pembedahan terkemuka dengan lebih 2,600 anggota, bersama-sama melancarkan Perpustakaan Pembedahan Realiti Maya Endo-Laparoskopik Hari ke Hari. Yang pertama seumpamanya di Asia, Perpustakaan Pembedahan VR berbilang platform itu, yang menggunakan Realiti Maya sebenar, menangani pentingnya bagi latihan pembedahan secara berterusan dan membolehkan pendidikan pembedahan rentas sempadan dikekalkan walaupun ketika menghadapi COVID-19. Perpustakaan itu juga menyokong latihan pembedahan jarak jauh bagi pakar bedah muda di negara-negara membangun dan kawasan terpencil.
Teknologi VR membolehkan pelajar dari seluruh dunia mendapatkan pendedahan kepada pelbagai kes dengan menempatkan mereka di samping pakar terkemuka di bilik bedah, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi meningkatkan hasil pembedahan dalam amalan mereka sendiri. Lebih daripada setengah juta pakar bedah muda di Asia bakal mendapat manfaat daripada teknologi ini.
“Perpustakaan Pembedahan VR itu merupakan langkah utama ke hadapan dalam menggunakan teknologi untuk membolehkan pendidikan pembedahan diakses oleh ahli bedah dari seluruh dunia,” kata Prof. Davide Lomanto, yang mengetuai program pendidikan digital di ELSA. “Organisasi kami menyokong ribuan pakar bedah di Asia dan seterusnya, bukan hanya dengan latihan asas tetapi juga melalui pertukaran aktif bagi amalan terbaik daripada pakar-pakar bedah terkemuka di rantau itu. Pembelajaran berterusan membantu ahli-ahli untuk menjadi lebih efektif dalam latihan pembedahan mereka sendiri. Perkongsian kami dengan Kyalio memperkukuhkan usaha pendidikan pembedahan global kami dalam satu cara yang berpatutan dan mudah diakses.”
Maklumat mengenai Kyalio Pte Ltd
Kyalio, yang beribu pejabat di Singapura, telah diwujudkan pada tahun 2019 dengan misi untuk mencipta teknologi yang berpatutan dan termaju bagi pendidikan pembedahan berskala besar. Visi Kyalio adalah “meningkatkan hasil pesakit melalui latihan pembedahan yang lebih baik” dan terus membangunkannya dari hari ke hari bersama pakar bedah terkemuka dan institusi perubatan terkemuka. Untuk mengikuti perkembangan Kyalio, sila layari www.kyalio.com.
Maklumat Mengenai Pakar Bedah Endoskopik dan Laparoskopik Asia (ELSA)
Pakar Bedah Endoskopik dan Laparoskopik Asia (ELSA) telah diwujudkan pada tahun 1992 untuk memupuk dan mengembangkan pembedahan endoskopik di Asia, berkongsi pengalaman dan kepakaran, dan untuk memberi nasihat mengenai standard amalan di negara-negara anggota.
ELSA hari ini adalah wakil wilayah utama bagi pakar-pakar bedah endoskopik di Asia Pasifik dan badan pentadbirannya terdiri daripada pemimpin di dalam pembedahan endoskopik dari 37 buah negara di Asia Pasifik, dari Turki di bahagian barat sehingga ke New Zealand di sebelah timur. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14761
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments