LITHIUM WERKS MENCAPAI IATF 16949 DAN MEMBAHARUI ISO 9001
- tuntastinta
- Dec 16, 2020
- 1 min read
AUSTIN, Texas dan ENSCHEDE, Belanda, 15 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lithium Werks berasa sukacita untuk mengumumkan bahawa mereka telah membaharui pensijilan ISO 9001 yang telah dimiliki sekian lama, kini sah sehingga lewat tahun 2023, dan menaik taraf Pensijilan Kualiti Automotif TS 16949:2009 yang sebelumnya kepada pensijilan IATF 16949:2016 yang baharu, berdaftar dengan BSI (Institut Standard British), untuk loji Penyalutan Elektrod dan Penghimpunan Sel Changzhou. Pasukan Petugas Automotif Antarabangsa IATF 16949:2016 ialah Sistem Pengurusan Kualiti Automotif pilihan dan menggantikan ISO/TS 16949:2009 dengan menyepadukan banyak sistem Pengurusan Kualiti Automotif antarabangsa seperti: VDA (Jerman), AIAG dan QS-9000 (Amerika Utara), AVSQ (Itali), FIEV (Perancis) dan SMMT (UK). http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14106
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments