MACIEJ PILAT DINAMAKAN SEBAGAI PENGURUS JUALAN NEGARA POLAND & BALTIK ...
- tuntastinta
- Apr 13, 2022
- 1 min read
MACIEJ PILAT DINAMAKAN SEBAGAI PENGURUS JUALAN NEGARA POLAND & BALTIK UNTUK KUMPULAN TENAGA BERSIH DAN GAS INDUSTRI NIKKISO
TEMECULA, Calif., 13 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kumpulan Tenaga Bersih & Gas Industri (“Kumpulan”) bagi Nikkiso Cryogenic Industries yang merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Nikkiso Co., Ltd (Jepun), berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Maciej Pilat telah dinamakan sebagai Pengurus Jualan Negara bagi Poland dan Baltik.
Maciej merupakan seorang Penyepadu Sistem yang berpengalaman dengan sejarah kejayaan yang ditunjukkan dalam industri kejuruteraan mekanikal dan perindustrian. Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman sebagai penyepadu sistem Cryogenic dan pengurus pembangunan perniagaan termasuk lebih 7 tahun bersama Messer (Poland) dan 4 tahun bersama Chart Industries. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Teknologi (M.Tech.) dalam Sains dan Teknologi Makanan daripada Uniwersytet Rolniczy im. Hugona Kołłątaja w Krakowie.
Beliau mempunyai pengalaman global yang luas setelah bekerja di Eropah, Asia, Amerika dan Timur Tengah. Berpangkalan di Poland, beliau akan mengurus dan membangunkan peluang perniagaan di sana dan di wilayah Baltik, melaporkan kepada Ole Jensen, Naib Presiden, NCEIG Eropah.
"Pengetahuan industri dan pasaran Maciej akan memberi manfaat besar kepada NCEIG Eropah, ketika kami membangunkan peluang di rantau ini," menurut Ole Jensen.
Dengan tambahan ini, Nikkiso meneruskan komitmen mereka untuk muncul di arena global dan tempatan bagi pelanggan mereka.
Comments