top of page
Search

MISI BANTUAN BANJIR YAYASAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (HASIL) ...

  • tuntastinta
  • Jan 12, 2023
  • 1 min read

MISI BANTUAN BANJIR YAYASAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (HASIL) KEPADA 50 ORANG HASILIAN YANG TERKESAN DI KELANTAN DAN TERENGGANU


KOTA BHARU, 12 Jan (Bernama) -- Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah perumpamaan kisah sedih serta nasib yang dialami oleh seramai 50 orang Hasilian di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang terkesan berikutan musibah banjir yang berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu pada bulan Disember yang lepas. Menyedari akan tanggungjawab ini, Yayasan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Yayasan LHDNM) dengan kerjasama HASiL telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial (CSR) dengan menyerahkan bantuan banjir berjumlah RM2,000 yang dibayar secara one-off bagi setiap keluarga Hasilian yang terkesan bertujuan meringankan beban di samping membantu dalam penyediaan kelengkapan persekolahan yang bermula Januari 2023 pada tahun ini. Di samping itu, Hasilian Muslimin dan Muslimat turut menerima sumbangan berbentuk Dana Wakalah berjumlah RM1,000.


Majlis penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL. Turut sama hadir dalam majlis penyerahan ini ialah YBrs. Puan Wan Ramiza binti Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) HASiL, YBrs. Encik Wan Roslan bin Wan Ismail, Pengarah Negeri HASiL Kelantan dan YBrs. Encik Mohd Rosli bin Mamat, Pengarah Negeri HASiL Terengganu. YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi dalam ucapannya memaklumkan bahawa Yayasan LHDNM ini ditubuhkan bertujuan bagi memberi manfaat dan kebajikan kepada pegawai-pegawai HASiL, keluarga serta masyarakat setempat. Antara manfaat yang disalurkan oleh Yayasan LHDNM ini adalah melalui aktiviti pendidikan dan penyelidikan, aktiviti sukan dan rekreasi, bantuan kesihatan dan aktiviti peningkatan kesihatan, aktiviti sosial dan keagamaan, serta bantuan musibah bencana dan alam sekitar kepada Hasilian yang layak.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page