top of page
Search

PAKAR DAN PENGAMAL GLOBAL BERSATU UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN LAUTAN DENGAN MENANGANI CABARAN ...

  • tuntastinta
  • Jun 29, 2022
  • 4 min read

PAKAR DAN PENGAMAL GLOBAL BERSATU UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN LAUTAN DENGAN MENANGANI CABARAN SISTEMIK DI DALAM PENGURUSAN MARIN





Pakar global daripada Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, The Nature Conservancy, kerajaan, agensi penyelidikan, dan sektor swasta berkumpul untuk berkongsi amalan terbaik dalam meningkatkan pengurusan marin berdasarkan kepada pengajaran yang dipelajari di seluruh dunia.


LISBON, Portugal, 29 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kawasan perlindungan marin (MPA) ialah alat utama untuk mengurangkan ancaman kepada kepelbagaian biologi, melindungi habitat marin dan pantai, membina penyelesaian iklim, dan menyokong keperluan manusia melalui penggunaan lestari. Rangka Kerja Kepelbagaian Biologi Global pada Konvensyen mengenai Kepelbagaian Biologi mungkin termasuk satu sasaran yang bercita-cita tinggi untuk memperluaskan liputan MPA kepada 30% menjelang tahun 2030. Walau bagaimanapun, kurang daripada 3% kawasan perlindungan marin memenuhi objektif mereka dalam menghadapi ancaman tempatan dan global yang semakin pesat.


Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:


Untuk menangani cabaran ini, satu pasukan pakar sedang bersidang di Persidangan Lautan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada Jun 2022 di Lisbon, Portugal dalam satu acara sampingan yang bertajuk, “Perkara Kualiti: Meningkatkan Tadbir Urus, Pengurusan Berkesan dan Kebingkasan bagi Kawasan Perlindungan Marin untuk Pelbagai Manfaat Bersama.” Acara itu termasuk penceramah daripada sektor swasta, agensi sains marin tempatan, wakil daripada pertubuhan yang tidak mencari keuntungan, kerajaan dan pertubuhan antara kerajaan. Penceramah akan berkongsi cara mereka menerajui inovasi teknologi dan amalan terbaik di dalam pengurusan marin dan akan menonjolkan alatan berharga, meningkatkan kerjasama, perkongsian pengetahuan dan pengambilan pelajaran yang dipelajari. Dr. Lizzie McLeod, Peneraju Terumbu Global untuk The Nature Conservancy menyatakan, “Perkongsian yang kukuh termasuk sektor swasta, kerajaan, NGO, penyelidik dan komuniti tempatan adalah penting untuk meningkatkan kesihatan lautan. Memanfaatkan pengajaran yang dipelajari dan amalan terbaik secara global untuk menambah baik pengurusan lautan adalah satu keutamaan pemuliharaan termasuk penciptaan bersama penyelesaian dengan rakan-rakan utama.”


Melalui acara ini, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, The Nature Conservancy dan rakan pemuliharaan lain, dengan sokongan daripada Mary Kay Inc., sedang membangunkan satu set alatan sokongan keputusan untuk pengurus marin yang meningkatkan pengurusan marin, menyokong pembiayaan mapan bagi kawasan perlindungan marin, dan membimbing pembinaan pemulihan habitat marin mengenai amalan terbaik di seluruh dunia. Dengan memanfaatkan inovasi saintifik dan teknologi baharu serta amalan terbaik global, pengurus marin lebih berupaya menangani ancaman utama yang dihadapi oleh ekosistem marin di seluruh dunia. “MPA adalah kunci kepada kesihatan lautan dan pembangunan mapan. Tetapi mereka tidak selalu berkesan tanpa pelbagai sokongan. Alatan sokongan keputusan yang membolehkan reka bentuk dan pengurusan MPA dipertingkatkan, perkongsian pengetahuan dan kerjasama diperlukan untuk memberi pihak berkepentingan marin dengan sokongan yang mereka perlukan untuk melindungi lautan dengan lebih baik,” kata Ole Vestergard, Pegawai Program, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.


“Mary Kay sangat gembira untuk menyokong TNC, dengan kerjasama UNEP dan pakar-pakar lain dari seluruh dunia, dalam usaha untuk melindungi aset paling berharga bagi dunia kita: lautan,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay. “Organisasi ini berada di barisan hadapan di dalam perjuangan untuk memelihara laluan air kita, dan kami berharap dengan sokongan Mary Kay, mereka akan mempunyai peralatan dan sumber yang diperlukan untuk memastikan lautan kita sihat untuk generasi akan datang.


Ketika kerajaan memperhalusi sasaran pemuliharaan mereka, adalah tepat pada masanya untuk mengetengahkan inovasi dan teknologi baharu yang membantu negara-negara mencapai matlamat kepelbagaian biologi global dan pembangunan mapan. Peranti keputusan baharu dan sains asas diperlukan untuk meningkatkan kapasiti bagi perancang dan pengurus marin bagi mengurus habitat marin dengan lebih baik dalam menghadapi perubahan iklim dan ancaman lain.


Maklumat mengenai The Nature Conservancy


The Nature Conservancy adalah sebuah organisasi pemuliharaan global yang berdedikasi kepada memulihara tanah dan perairan yang menjadi tempat bergantung semua kehidupan. Dengan berpandukan sains, kami mencipta penyelesaian yang berinovatif dan di lapangan untuk cabaran kami yang paling sukar di dunia agar alam semula jadi dan manusia boleh berkembang maju bersama. Kami menangani perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada satu skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara mapan dan membantu menjadikan bandar raya lebih mapan. Berusaha di 79 buah negara dan wilayah, kami menggunakan satu pendekatan kolaboratif yang membabitkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan kongsi yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.nature.org atau ikuti @nature_press di Twitter.


Maklumat mengenai Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP)


UNEP adalah suara global terkemuka mengenai alam sekitar. Ia menyediakan kepimpinan dan menggalakkan perkongsian di dalam menjaga alam sekitar dengan memberi inspirasi, memaklumkan dan membolehkan negara dan rakyat untuk meningkatkan kualiti hidup mereka tanpa menjejaskan generasi akan datang.


Maklumat mengenai Mary Kay


Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan impian beliau pada 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita di dalam perjalanan mereka melalui pendidikan, bimbingan, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay percaya dalam memperkayakan kehidupan hari ini untuk hari esok yang mapan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang memberi tumpuan kepada menggalakkan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, cari kami di Facebook, Instagram, dan LinkedIn atau ikuti kami di Twitter.


Lihat versi sumber di businesswire.com:


Hubungi


Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.

972.687.5332 atau media@mkcorp.com


Misty Edgecomb

Pengarah Komunikasi, Lindungi Lautan, Darat dan Air

The Nature Conservancy

Las Vegas, Nevada (zon waktu Pasifik)

medgecomb@tnc.org, 484-343-3223 selular

ganti nama: dia, Twitter: @mistyedgecomb


Sumber : Mary Kay Inc.


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page