top of page
Search

"PAMERAN THEO JANSEN" AKAN DIADAKAN DI MUZIUM SENI WILAYAH CHIBA

  • tuntastinta
  • Oct 25, 2023
  • 2 min read

CHIBA, Jepun, 25 Okt., 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ -- - Acara Pertama di Jepun untuk Berjalan bersama dengan Seni Raksasa di Pantai – Memandangkan tahun ini menandakan ulang tahun ke-150 bagi penubuhan Wilayah Chiba, Muzium Seni Wilayah Chiba akan mengadakan satu pameran Theo Jansen, seorang artis Belanda yang terkenal di dunia, dari 27 Oktober, 2023, hingga 21 Januari, 2024, sebagai sebuah projek pertukaran kebudayaan dengan Belanda. Wilayah Chiba mempunyai satu sejarah yang panjang berhubung pertukaran dengan Belanda memandangkan pengajian Belanda dahulu pernah digalakkan di sebuah kawasan di dalam wilayah itu. Imej 1: Animaris Plaudens Vela 2013 (C)Theo Jansen

Imej 2: Animaris Ordis 2006 (C)Theo Jansen

Theo Jansen (yang lahir pada tahun 1948) telah digelar sebagai "Leonardo da Vinci bagi zaman moden" sebagai seorang artis, pencipta, dan ahli sains. Usaha utama beliau adalah apa yang dipanggil sebagai "strandbeest" (perkataan Belanda untuk 'bentuk kehidupan di pantai’), yang dihasilkan dengan mencantumkan bersama bahan-bahan tersedia seperti tiub plastik dan pita pelekat yang didasarkan kepada pengiraan fizik. Strandbeest menggunakan angin untuk kelihatan ‘hidup’ dan berjalan di pantai-pantai berpasir. Pameran ini akan mempamerkan lebih daripada 10 hasil karya, termasuk sebuah strandbeest yang sangat besar yang berukuran lebih 10 meter panjang, bersama-sama dengan lakaran lukisan tangan oleh Jansen, dan peralatan yang digunakan di dalam penghasilan mereka, antara barang-barang lain. Satu acara harian akan diadakan di mana sebuah strandbeest berjalan di dalam muzium itu. Dan tambahan pula, pada 3 Disember (Ahad), 2023, akan diadakan satu acara di mana sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian di dalam menggerakkan strandbeest untuk berjalan di pantai -- program sedemikian yang pertama kali diadakan di Jepun. Pengunjung akan berpeluang untuk melihat dengan mata mereka sendiri hasil seni gergasi itu bergerak seolah-olah ia adalah sebuah makhluk hidup dengan berlatar-belakangkan lautan.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page