top of page
Search

PATEN PERTAMA DI DUNIA DIPEROLEHI UNTUK TAMBAHAN PEMAKANAN HAIWAN "PINFENON" (S) (R)

  • tuntastinta
  • Nov 15, 2024
  • 2 min read

TOKYO, 14 Nov., 2024 /Kyodo JBN/ --


- Paten Meliputi Penciptaan Ubat Rawatan dan Ubat Profilaktik untuk Menurunkan Penanda Gangguan Jantung dalam Anjing Serta Kaedah Pengilangannya -


Scarecrow Incorporated, yang berpangkalan di Shibuya Wad Tokyo, sangat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa ia telah memperoleh paten (*) yang pertama di dunia bagi Pinfenon (S) (R), satu tambahan pemakanan haiwan yang dihasilkan di Jepun, yang berkait rapat dengan sejenis ubat rawatan dan sejenis ubat profilaktik untuk menurunkan peptida natriuretik atrium (ANP) serta kaedah pembuatannya. Tambahan pemakanan yang diluluskan sebagai ubat oleh Pejabat Paten Jepun itu adalah tertakluk kepada pemindahan teknikal di dalam produk seperti makanan, syampu dan pati sebagai cara baharu untuk membolehkan sesiapa sahaja melindungi anjing kecil daripada gangguan jantung.


(*) Menurut tinjauan Pejabat Paten Jepun berhubung kesedaran bersama global (Perenggan 1, Artikel 29, Akta Tanda Dagangan)


Foto 1: Paten diperoleh baru-baru ini untuk siri Tambahan Pemakanan Pinfenon (S) (R) yang dilancarkan pada 2004


Regurgitasi mitral, sejenis gangguan jantung yang sering diperhatikan pada anjing di seluruh dunia tetapi terutamanya di Jepun:


Banyak baka anjing-anjing kecil secara genetik terdedah kepada gangguan jantung yang dipanggil regurgitasi mitral, dan penyakit injap jantung, yang termasuk regurgitasi mitral, adalah punca kematian ketiga paling biasa pada anjing tua (menurut Anicom HD, Jepun, 2023). Satu daripada penunjuk bagi keterukan penyakit ini ialah peptida natriuretic atrium (ANP). Ini adalah sejenis hormon yang terutamanya disintesis dan disimpan di bahagian jantung yang dipanggil atrium sebelum dirembeskan di dalam darah dan boleh diukur dengan melalui satu ujian darah. Atas sebab ini, ANP juga dirujuk sebagai satu biopenanda jantung. Satu paten telah diperoleh bagi Pinfenon (S) (R) selepas ia ditunjukkan untuk mengurangkan beban pada jantung dan menurunkan tahap ANP ini.


Foto 2: Pil Pinfenon (S) (R) bersaiz garis pusat 5 mm untuk memudahkan pemberian secara oral




Gambaran Keseluruhan:

Nama penciptaan: Ubat rawatan dan ubat profilaktik untuk menurunkan peptida natriuretik atrium (ANP) serta kaedah pembuatan


Nombor pendaftaran: P7542838


Tarikh pendaftaran: 23 Ogos, 2024


Pemegang paten: Scarecrow Incorporated


Pencipta: Hiroshi Okawa, Hiroshi Koie


Tarikh permohonan: 15 Februari, 2024


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page