PCG MEMPELOPORI PENDIDIKAN PLASTIK ANTARA GURU DAN PELAJAR SEKOLAH SELURUH NEGARA
- tuntastinta
- Nov 29, 2021
- 1 min read
Memacu Agenda Ekonomi Plastik Baharu ke Arah Ekonomi Sirkular di Malaysia
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) baru-baru ini mengadakan siri webinar Plastik, Kelestarian dan Anda bagi guru dan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mendidik lebih ramai individu mengenai kelestarian, pengasingan sisa di sumber dan pengurusan plastik yang bertanggungjawab.
Kandungan webinar tersebut adalah berdasarkan modul tambahan Plastik, Kelestarian dan Anda yang dibangunkan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perbadanan Air Pepejal (SWCorp) dan Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) pada tahun 2019. Modul ini telah diedarkan kepada lebih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara.
Webinar yang telah meraih lebih daripada 130,000 tontonan itu diadakan secara langsung di saluran YouTube dan Facebook Pusat STEM Negara melalui tiga sesi. Sesi pertama adalah untuk guru-guru bagi memudahkan mereka mengajar modul tersebut dengan berkesan, manakala sesi kedua dan ketiga masing-masing disasarkan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah. Pelajar diajar tentang cara terbaik untuk mengakses modul tersebut dan digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang lestari sambil berkongsi pengetahuan yang dipelajari dengan keluarga dan rakan-rakan.
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments