top of page

PENAMPILAN KEENAM PADA FORUM BOAO UNTUK ASIA: YILI MENUNJUKKAN KECERGASAN INOVATIF KEPADA DUNIA

BOAO, China, 1 April, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Dari 26 Mac sehingga 29 Mac, Forum Boao untuk Asia sekali lagi telah berlangsung, dengan Kumpulan Yili dijemput buat kali keenam untuk mengambil bahagian di dalam acara besar ini, untuk mempamerkan kekuatan inovatif mereka yang diasaskan kepada kualiti.


Semasa forum ini, Liu Chunxi, Presiden Eksekutif bagi Kumpulan Yili, telah mengadakan perbincangan dan pertukaran yang mendalam dengan hadirin yang lain mengenai tema bagi "Meningkatkan Inovasi Korporat". Liu Chunxi berkata, "Yili menerima cabaran pasaran, terus menerus menerajui industri itu melalui inovasi, dan merebut kesempatan daripada inovasi teknologi global, dan menyokong pembangunan yang berkualiti tinggi di dalam industri tenusu. Yili juga merebut peluang di dalam era semasa, mencipta nilai melalui inovasi, membangunkan ramuan yang lebih berkhasiat dan satu rangkaian produk makanan yang pelbagai, yang membolehkan dunia untuk berkongsi kesihatan."


Yili memberi tumpuan kepada menjalankan inovasi kepada rantaian perindustrian mereka untuk menangani kesesakan teknologi di keseluruhan rantaian, dengan menyediakan kepada pengguna dengan produk dan perkhidmatan yang lebih berkualiti. Dengan menubuhkan sebuah hab global yang berpengaruh untuk inovasi teknologi, Yili sedang meningkatkan daya saing teras mereka. Selain itu, ia meningkatkan pendigitalan di setiap pautan di dalam rantaian industri itu untuk meningkatkan kecekapan operasi dan memudahkan pembangunan perniagaan. 


"Tiada inovasi, tiada masa depan." Berdepan dengan peluang-peluang baharu, Yili akan mengambil inovasi teknologi sebagai panduan mereka, terus menerus memacukan keseluruhan rantaian di sepanjang laluan pembangunan yang lebih inovatif, cekap dan mapan. Ia akan terus bergerak ke hadapan ke arah impian bagi "Perkongsian Kesihatan Dunia Secara Keseluruhan".


Sumber: Kumpulan Yili


--BERNAMA




Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page