PENYELESAI MASALAH BELIA GLOBAL DIUMUMKAN SEBAGAI PEMENANG
- tuntastinta
- Apr 1, 2021
- 3 min read
PENYELESAI MASALAH BELIA GLOBAL DIUMUMKAN SEBAGAI PEMENANG BAGI NFTE SIRI DUNIA BAGI CABARAN INOVASI YANG DITAJA OLEH MARY KAY INC.

Siri Dunia bagi Cabaran Inovasi NFTE, satu pengalaman pendidikan, keusahawanan global mengundang golongan muda untuk menyelesaikan cabaran terbesar yang dihadapi dunia kita dan membantu memajukan Matlamat Pembangunan Lestari PBB
DALLAS, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah penyokong korporat terkemuka bagi pemerkasaan dan keusahawanan wanita, hari ini mengumumkan tiga pemenang utama untuk Siri Dunia bagi Cabaran Inovasi (WSI) mereka dalam perkongsian dengan Network for Teaching Entrepreneurship (NFTE). Pada tahun pertama mereka bekerjasama dengan NFTE, Mary Kay telah menaja NFTE Siri Dunia bagi Inovasi 2020, satu pengalaman pendidikan global yang mengajak orang muda berumur 13-24 tahun untuk menyalurkan pemikiran kritikal dan kemahiran mereka menyelesaikan masalah untuk cabaran terbesar yang dihadapi oleh dunia pada hari ini dan membantu memajukan Matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDG) sambil memupuk satu set minda keusahawanan.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
Siri Dunia bagi Cabaran Inovasi tajaan Mary Kay menggalakkan golongan muda dari seluruh pelusuk dunia untuk mengemukakan penyelesaian berinovatif untuk menangani Matlamat Pembangunan Lestari 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab. Di peringkat global, adalah dianggarkan 80% daripada tekstil yang dibuang berakhir di tempat pembuangan sampah. Statistik itu menjadikan industri pakaian dan tekstil menduduki tempat #2 dalam senarai industri pencemaran yang paling buruk, kedua selepas industri petrokimia. Untuk cabaran ini, pelajar-pelajar diminta untuk mereka satu produk, perkhidmatan atau inisiatif yang akan mewujudkan satu “ekonomi kitaran” yang menggalakkan penggunaan semula atau tujuan semula pakaian seragam dan/atau pakaian terpakai lain, sekali gus mengurangkan sampah yang berakhir di tempat pembuangan sampah dan penurunan pelepasan gas rumah hijau daripada tekstil yang mereput.
Tiga pemenang bagi Cabaran Mary Kay itu adalah:
• Tempat Pertama: Loop Tee Loop
○ Loop Tee Loop adalah sebuah kilang tekstil lyocell yang menyatukan gelung pakaian lestari dengan perkhidmatan pengumpulan kitar semula pakaian seragam dari Metro Manila di Filipina.
• Tempat Kedua: SwagSwap
○ SwagSwap adalah sebuah rangkaian sosial yang berpusat di Amerika Syarikat untuk aktiviti berjimat cermat, yang membolehkan pertukaran pakaian rakan ke rakan untuk golongan remaja.
• Tempat Ketiga: Project DBrand
○ Project DBrand adalah satu perkhidmatan unik yang mengeluarkan nama jenama daripada pakaian seragam yang telah digunakan supaya ia boleh digunakan semula, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
“Pelajar hari ini membesar dalam sebuah dunia di mana kelestarian adalah merupakan sebahagian daripada perbualan harian di seluruh dunia dan mereka secara aktif terlibat untuk memacukan perubahan,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Mary Kay amat bangga untuk bergandingan dengan NFTE, sebuah organisasi yang membantu untuk bukan sahaja mencetuskan set minda keusahawanan di kalangan golongan muda, tetapi juga menggalakkan mereka untuk berfikir secara kritikal bagi menangani isu-isu global yang mencabar. Syarikat-syarikat global seperti Mary Kay mempunyai satu tanggungjawab untuk memupuk inovasi keusahawanan yang dapat membantu menjadikan dunia tempat yang lebih baik.”
NFTE adalah sebuah organisasi pendidikan global yang tidak mencari keuntungan yang memberi tumpuan kepada membawa kekuatan keusahawanan kepada belia dalam komuniti berpendapatan rendah. Siri Dunia bagi Cabaran Inovasi (WSI) mengundang cabaran-cabaran yang ditaja oleh korporat untuk menangani Matlamat Pembangunan Lestari PBB itu. Dengan jangkauan kepada 100,000 pelajar di seluruh dunia, pada tahun 2020 NFTE telah menerima hampir 4,000 penyertaan pelajar dari semua latar belakang yang mengemukakan idea-idea dalam Cabaran WSI dan hampir 350 pelajar mengambil bahagian di dalam cabaran yang ditaja oleh Mary Kay itu.
“Siri Dunia bagi Inovasi itu menggalakkan golongan muda untuk menerapkan set minda keusahawanan mereka bagi menangani cabaran global,” kata J.D. LaRock, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi NFTE. “Setiap tahun, kami terus mendapat inspirasi oleh idea-idea berinovatif yang dibayangkan oleh generasi usahawan seterusnya. Kami amat berterima kasih kepada Mary Kay Inc. kerana mengadakan cabaran global yang mencetuskan pemikiran ini yang menggalakkan pelajar untuk memikirkan ekonomi kitaran bagi pakaian dan tekstil dalam satu cara yang baharu.”
Sebagai tambahan kepada Siri Dunia bagi Inovasi, Mary Kay adalah merupakan satu daripada penaja utama bagi Perbualan Matlamat Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu NFTE 2020, satu acara kepimpinan pemikiran tahunan yang menjemput golongan belia, industri, organisasi yang tidak mencari keuntungan, dan dermawan untuk memajukan satu dialog mengenai penyelesaian keusahawanan sosial. Diadakan semasa Minggu Keusahawanan Global, topik bagi panel itu adalah “Melibatkan usahawan untuk memperkenal dan mengambil tindakan menggunakan teknologi sebagai sebuah alat untuk kebaikan sosial.” Ahli panel telah membincangkan cara-cara inovatif bagi menggunakan teknologi untuk muncul dari cabaran yang dibangkitkan oleh pandemik seperti pengangguran, kemelesetan ekonomi dan keresahan sosial yang semakin meningkat untuk membina sebuah masyarakat yang lebih adil dan inklusif dalam sebuah dunia pasca-COVID. Perbualan Matlamat Global PBB 2020 itu telah disampaikan oleh Citi Foundation, Ernst & Young LLP (EY) dan Mary Kay Inc., dengan sokongan tambahan dari Bank of the West BNP Paribas.
Untuk maklumat lanjut mengenai Siri Dunia bagi Inovasi dan semua cabaran, sila layari https://innovation.nfte.com. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14420
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments