PERTANDINGAN "MEREKACIPTA VIDEO ANIMASI KEFAHAMAN ISLAM UNTUK PENUNTUT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI
- tuntastinta
- Mar 12, 2022
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah melancarkan Pertandingan “Merekacipta Video Animasi Kefahaman Islam Untuk Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT)". Pertandingan yang berlangsung selama 3 bulan ini bermula, 8 Mac 2022 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Jun 2022. Para penuntut IPTA dan IPTS yang berminat adalah dipelawa untuk menghantarkan karya mereka mengikut tema serta syarat-syarat yang telahpun ditetapkan.
Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan penghasilan video animasi kefahaman Islam bagi membina minda Islami dalam kalangan masyarakat; menggalakkan penghasilan video animasi yang dapat mendidik dan menanamkan nilai-nilai sejagat kepada khalayak; menambahkan koleksi video animasi seumpama ini untuk tatapan khalayak dan mencungkil potensi video animasi sebagai medium untuk memberi kefahaman Islam kepada masyarakat Malaysia khususnya, serta masyarakat global, amnya.
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Commenti