top of page
Search

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: BANTUAN 100 BAKUL MAKANAN UNTUK RAKYAT DI JELEBU, NEGERI SEMBILAN

  • tuntastinta
  • Sep 15, 2021
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meneruskan komitmen membantu golongan rentan yang memerlukan dengan memberikan bantuan 100 bakul makanan menerusi Program CSR Hasil Prihatin di Jelebu, Negeri Sembilan.


Majlis penyerahan bantuan bakul makanan telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Haji Maarof Bin Haji Mat Rashad, Undang Luak Jelebu di Balai Undang Luak Jelebu pada hari ini. Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Yang Amat Mulia Tok Puan Hajah Mahawa binti Mohd Som, isteri kepada Yang Teramat Mulia Undang Luak Jelebu, Puan Zubaidah Binti Hamzah, Pengarah Negeri LHDNM Negeri Sembilan / Melaka, Tuan Haji Kamarudin Bin Hashim, Pengarah Negeri LHDNM Selangor dan pegawai-pegawai kanan LHDNM Negeri Sembilan.


Sehingga 11 September 2021, Program CSR Hasil Prihatin telah mengagihkan 11,070 bakul makanan kepada mereka yang memerlukan khususnya rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di seluruh negara sebagai tanda keprihatinan kerajaan serta menghayati semangat ‘Keluarga Malaysia’.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page