PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: BANTUAN 200 BAKUL MAKANAN UNTUK RAKYAT DI SEKITAR CHERAS
- tuntastinta
- Sep 4, 2021
- 1 min read
CHERAS, 2 Sept (Bernama) -- Rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 di sekitar kawasan Cheras mendapat perhatian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan bantuan sebanyak 200 bakul makanan menerusi Program CSR Hasil Prihatin.
Bantuan bakul makanan tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohamad Fauzi Saat, Pengarah Negeri LHDNM WP Putrajaya di Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena kepada wakil-wakil penduduk untuk diserahkan kepada para penerima yang telah dikenal pasti di sekitar kawasan Cheras, termasuk dari Program Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Flat Taman Kobena, Flat Taman Pertama dan Flat Sri Sabah. Turut hadir dalam program ini ialah Encik Nasruddin bin Mat Nasir, Pengarah Cawangan LHDNM Cheras, Ustaz Syed Abdullah bin Syed Nordin, wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Tuan Haji Noor Zakri Nuruddin, Pengerusi Masjid As-Sodiqin.
Program CSR Hasil Prihatin ini telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada 31 Julai 2021 yang lalu sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial LHDNM dalam menyantuni rakyat yang memerlukan bantuan khususnya golongan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
留言