top of page
Search

PROGRAM KESETIAAN BAHARU: GMO RESEARCH INC. MELANCARKAN LAMAN WEB PERKHIDMATAN -- "MAKMAL KETERLIBAT

  • tuntastinta
  • Jan 21, 2023
  • 1 min read

TOKYO, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- GMO Research Inc. (TOKYO: 3695), sebahagian daripada Kumpulan Internet GMO Jepun, telah melancarkan laman web perkhidmatan baharu -- "Makmal Keterlibatan Z.com", [URL: https://engagement.z.com/], bertujuan menyediakan perkhidmatan pemasaran di Asia.

Makmal Keterlibatan Z.com menawarkan perniagaan penyelesaian program kesetiaan unik yang berasaskan konsep Keterlibatan sebagai Perkhidmatan (EaaS) untuk menambah baik komitmen pengguna, yang merupakan cabaran bagi banyak perniagaan berasaskan keahlian. Makmal Keterlibatan Z.com oleh GMO Research Makmal Keterlibatan Z.com ialah program kesetiaan yang dikendalikan oleh GMO Research, syarikat penyelidikan pemasaran terkemuka di Asia. Selama lebih daripada 20 tahun, GMO Research telah menyediakan perkhidmatan penyelidikan dalam talian untuk membantu menangani cabaran pemasaran syarikat di seluruh dunia. Fokus perniagaan ialah mencadangkan penyelesaian pemasaran baharu untuk meningkatkan hubungan antara syarikat dan pengguna. Kami dapat menjalankan penyelidikan dalam talian dengan menggunakan ASIA Cloud Panel¹ kami, satu daripada rangkaian panel₂ terbesar di Asia, dengan kira-kira 50 juta³ pemantau tinjauan dari 170 rakan niaga merentasi 16 negara dan rantau Asia. Perkhidmatan yang disediakan oleh Makmal Keterlibatan Z.com Makmal Keterlibatan Z.com menawarkan jenis perkhidmatan program kesetiaan baharu yang boleh diberikan dengan menyepadukan sistem keahlian bersama platform penyelidikan pasaran GMO Research. Perkhidmatan ini beroperasi dengan ahli pengguna menerima ganjaran menarik melalui penyertaan tinjauan. Ahli pengguna bebas memilih jenis tinjauan yang ingin mereka lengkapkan daripada senarai yang telah dipersetujui oleh GMO Research dan syarikat masing-masing. Ini akan meningkatkan keterlibatan pelanggan dan hasil untuk perniagaan berasaskan keahlian.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page