PROSPECTIVE BERJAYA MENGUMPUL DANA BENIH SEBANYAK $6 JUTA ...
- tuntastinta
- Jul 22, 2023
- 1 min read
PROSPECTIVE BERJAYA MENGUMPUL DANA BENIH SEBANYAK $6 JUTA UNTUK MENGAKSES, MENGANALISIS DAN MEMBAYANGKAN SET DATA BESAR DALAM MASA NYATA
NEW YORK, 20 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Prospective, alat analisis dan pembayangan data berinteraktif untuk set data besar dan penstriman, pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut berjaya mengumpul sebanyak $6 Juta. Pusingan dana Benih diterajui oleh Point72 Ventures dengan penyertaan daripada Silicon Badia, Irregular Expressions, Essence Ventures, Giant Machines dan REFASHIOND Ventures.
Secara tradisional, organisasi telah bertungkus-lumus mengakses dan menganalisis data yang diperlukan dengan cekap untuk kes penggunaan masing-masing disebabkan oleh had kuasa pemprosesan yang mudah diakses dan kesukaran dalam menerbitkan cerapan. Menyedari kesukaran yang timbul ini, Prospective telah membina alat berinteraktif untuk memudahkan akses, analisis dan perkongsian data dengan lancar. Bersama Prospective, pengguna memperoleh akses yang intuitif dan cekap kepada set data besar dan penstriman, membolehkan kedua-duanya membuka cerapan berguna dalam masa nyata, secara langsung melalui antara muka pelayar web yang mesra pengguna.
Prospective disesuaikan untuk mengendalikan tugas yang menuntut prestasi tinggi, jitu dan tenang. Melalui usaha memperkemas dapatan semula data dan proses pengoperasian, Prospective memperkasa pembina, pengguna dan penganalisis untuk mendapatkan cerapan boleh diambil tindakan yang sebelum ini tidak boleh diakses. Dengan peningkatan Model Bahasa Besar (LLM), jurang antara output model dan pemahaman manusia semakin membesar. Prospective membantu menghubungkan jurang ini dengan membolehkan pelanggan mendapat dan menyampaikan cerapan dengan cara yang intuitif.
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments