top of page
Search

REUTERS BEKERJASAMA DENGAN PLATFORM AUTOMASI SOPHI.IO YANG DIBANGUNKAN OLEH THE GLOBE AND MAIL

  • tuntastinta
  • May 13, 2022
  • 1 min read

TORONTO, 12 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sophi.io, sebuah platform automasi, pengoptimuman dan ramalan yang dikuasakan oleh AI yang dibangunkan oleh The Globe and Mail kini bekerjasama dengan Reuters - bahagian berita dan media Thomson Reuters - ketika syarikat itu terus melabur dalam penyelesaian AI terkini untuk bilik beritanya. Sophi membantu mengautomasikan kurasi kandungan bagi bahagian terpilih di Reuters.com yang dilancarkan semula pada April 2021.


Sophi Site Automation ialah sistem AI yang mengkurasi kandungan digital secara autonomi untuk mencari dan mempromosikan kandungan organisasi yang paling menarik. Sophi melihat semua kandungan semasa diterbitkan serta semua trafik untuk mencari permata tersembunyi yang paling dihargai oleh pelanggan kepada sesebuah organisasi.


Untuk mengautomasikan kurasi kandungan, algoritma Sophi telah belajar daripada editor Reuters. Bilik beritanya telah dapat bekerja dengan beberapa penyelesaian AI terkini yang telah berhasil mengembalikan masa kepada editor untuk memfokus kepada mencari kisah seterusnya dan mencipta kewartawanan yang menjadikan Reuters jenama yang dipercayai.


Josh London, Ketua Profesional Reuters dan Ketua Pegawai Pemasaran Reuters, berkata: “Platform AI Sophi yang canggih ialah salah satu langkah seterusnya dalam evolusi harta digital kami. Sophi akan membantu kami meneruskan misi kami untuk membawa teknologi dan alatan berasaskan AI ke lebih banyak sudut tenaga kerja, sambil membantu memberikan pembaca kami kisah yang mereka mahu dan perlu tahu.”


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page