SATU SAMBUTAN BESAR-BESARAN TELAH DIADAKAN DI LEDONG, CHINA SEMPENA FESTIVAL "SAN YUE SAN" TRADISION
- tuntastinta
- Apr 26, 2023
- 1 min read
SATU SAMBUTAN BESAR-BESARAN TELAH DIADAKAN DI LEDONG, CHINA SEMPENA FESTIVAL "SAN YUE SAN" TRADISIONAL LI DAN MIAO

HAIKOU, China, 25 April, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
Pada hari ketiga bagi bulan qamari ketiga, yang jatuh pada 22 April, 2023, daerah berautonomi Ledong Li yang terletak di barat daya Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan telah mengadakan satu sambutan besar-besaran bagi Festival Sanyuesan tradisional tahunan untuk kumpulan etnik Li dan Miao.
Sejak zaman purba, "San Yue San" telah menjadi satu festival tradisional bagi penduduk Li dan Miao untuk meratapi nenek moyang mereka, memuji kehidupan dan memuji-muji pahlawan serta bagi kumpulan lelaki dan wanita mereka yang muda untuk mencari cinta.
Dengan mengambil festival ini sebagai satu peluang, daerah Ledong telah melancarkan lebih daripada 10 acara termasuk Majlis Perasmian dan Pertunjukan Aneka Ragam bagi Festival "San Yue San" Tradisional Li dan Miao Hainan 2023, Fesyen Broked Li dan Pertunjukan Budaya, Pertandingan Sukan Tradisional dan Pameran Hainan bagi Warisan Dunia di China yang diadakan bersama dengan jabatan berkaitan bagi Wilayah Hainan untuk meraikan festival itu bersama-sama dengan penduduk tempatan dan pelancong, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Parti Daerah Ledong.
Semasa sambutan tersebut, Ledong turut melancarkan satu laluan pelancong yang berkualiti yang menghubungkan Jianfengling, Longmuwan, Padang Garam Yingge dan sumber pelancong istimewa yang lain untuk memberi pengunjung dengan satu pengalaman mengenai daya tarikan Ledong yang unik dengan gunung dan lautnya serta lautan bunga.
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments