top of page
Search

STONEBRANCH MENGUMUMKAN PERTUMBUHAN REKOD PADA TAHUN 2021...

  • tuntastinta
  • Feb 10, 2022
  • 1 min read

STONEBRANCH MENGUMUMKAN PERTUMBUHAN REKOD PADA TAHUN 2021, BERKEDUDUKAN BAIK UNTUK TAHUN 2022


Stonebranch menyiarkan pengembangan dan pendapatan yang belum pernah terjadi sebelum ini yang didorong oleh pelanggan perusahaan baharu, peningkatan produk utama dan Integration Hub baharu mereka


ALPHARETTA, Ga., 9 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Stonebranch, penyedia terkemuka bagi pengaturan perkhidmatan dan penyelesaian automasi, mengumumkan tahun pertumbuhan dan hasil terbaiknya pada tahun 2021, dirangsang oleh hubungan pelanggan baharu, pelancaran Integration Hub yang dipertingkatkan dan keluaran v7.0 bagi Stonebranch Universal Automation Center (UAC).


Pada tahun 2021, Stonebranch menambah lebih ramai pelanggan baharu berbanding sebelum ini, merancakkan pendapatan tertinggi syarikat sejak ditubuhkan pada tahun 1999. Syarikat-syarikat ini mewakili bahagian besar industri — termasuk kewangan, barangan pembungkusan pengguna dan tenaga — namun ramai yang berkongsi motivasi yang sama untuk meningkatkan kawalan, ketersambungan dan kebolehcerapan bagi beban kerja automatik di seluruh persekitaran IT hibrid yang semakin kompleks.


“Tahun 2021 merupakan satu lagi tahun yang hebat untuk Stonebranch, dan tahun 2022 bersedia untuk menjadi lebih baik,” ujar Giuseppe Damiani, Ketua Pegawai Eksekutif di Stonebranch. “Lebih banyak perusahaan baharu yang menambahkan Stonebranch kepada timbunan teknologi automasi dan pengaturan IT mereka berbanding mana-mana tahun lain dalam sejarah syarikat. Selain itu, kami terus mengukuhkan hubungan pelanggan sedia ada kami, menyelenggara kadar pengekalan bagi lebih 99 peratus secara berterusan. Prestasi kukuh tahun 2021 adalah bukti kepakaran dan dedikasi pasukan kami. Kami telah membina budaya yang tertumpu untuk membantu pasukan IT mencapai perkara yang mereka perlukan hari ini, dan perkara yang mereka perlukan untuk masa depan”


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page