SYARIKAT PERMULAAN PEMANTAUAN WEB TERTUTUP DAN JENAYAH SIBER CYBLE MENGUMUMKAN ...
- tuntastinta
- Feb 25, 2022
- 2 min read

SYARIKAT PERMULAAN PEMANTAUAN WEB TERTUTUP DAN JENAYAH SIBER CYBLE MENGUMUMKAN AS $10 JUTA DALAM PEMBIAYAAN SIRI A
ATLANTA & MELBOURNE, Australia, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat perisikan siber yang dikuasakan oleh AI Cyble hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan satu pusingan pembiayaan Siri A berjumlah AS $10 juta yang diketuai oleh Blackbird, dengan penyertaan berterusan daripada Spider Capital, January Capital, Cendana Capital dan VentureSouq. Dana itu akan diperuntukkan untuk mengembangkan pelan hala tuju produk Cyble, membolehkan penembusan yang lebih mendalam ke dalam pasaran sedia ada & baharu, dan memperkukuhkan keupayaan Makmal Penyelidikan Cyble (CRL).
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220215006151/en/
Diasaskan oleh Beenu Arora dan Manish Chachada pada 2019, Cyble terus menerus memantau data web tertutup dan web terbuka dalam masa nyata merentasi sumber terbuka dan tertutup untuk memeta, memantau dan mengurangkan jejak risiko digital syarikat-syarikat. Hari ini, Cyble hadir di enam buah negara dan telah meningkat tiga kali ganda dalam perniagaan tahun demi tahun. Berita mengenai pembiayaan Siri A itu menandakan hampir satu tahun sejak pusingan pendanaan modal benih permulaan Cyble. Pada April 2021, Cyble mengumumkan ia telah mengumpul $4 juta yang diketuai oleh Blackbird dan Spider Capital, dengan penyertaan daripada Picus Capital dan Cathexis Ventures. Sejak itu, syarikat tersebut telah membina satu asas yang kukuh melalui pertumbuhan yang mapan, mengembangkan penawaran pelanggan mereka dengan pemantauan web tertutup, jenama dan serangan terbuka, mengembangkan pangkalan pelanggan mereka merentasi 6 buah negara dan meningkatkan bilangan pekerja mereka daripada 25 kepada 80 orang. “Cyble bermula dengan satu matlamat yang bercita-cita tinggi untuk mendemokrasikan kebolehlihatan ke dalam web tertutup dan memperkasakan organisasi untuk mengukuhkan infrastruktur keselamatan mereka dan seterusnya memastikan daya ketahanan terhadap serangan siber yang berniat jahat,” kata Manish Chachada, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Operasi bagi Cyble. “Kami sangat teruja untuk menerima sokongan daripada pelabur kami untuk terus melaksanakan visi Cyble, dan berbesar hati bahawa Cyble diiktiraf sebagai satu suara utama di dalam keselamatan siber dan sebuah rakan yang dipercayai yang membolehkan perniagaan untuk memajukan Strategi Perlindungan Risiko Digital mereka.”
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments