TRILLIANT MENERUSKAN PENGEMBANGAN DI RANTAU ASIA PASIFIK DAN MELANCARKAN PEMBUATAN DI MALAYSIA
- tuntastinta
- Jul 18, 2022
- 1 min read
Mempamerkan komitmen yang berterusan kepada pelanggan; mencapai lebih daripada 3.5 juta penggunaan meter pintar di rantau itu
SINGAPURA, 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Trilliant, sebuah penyedia antarabangsa terkemuka bagi penyelesaian untuk infrastruktur pemeteran termaju (AMI), grid pintar, bandar raya pintar dan IOT, terus menerus menunjukkan komitmen mereka kepada rantau Asia Pasifik dengan pengumuman bagi permulaan kilang pembuatan mereka di Malaysia. Selain itu, syarikat tersebut telah mencapai satu detik penting utama dalam penggunaan meter pintar di Asia Pasifik, dengan lebih 3.5 juta meter pintar kini digunakan dan beroperasi, dengan berjuta-juta lagi dirancang.
“Kami gembira bahawa usaha pembuatan kini sedang dijalankan di Malaysia,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Trilliant Andrew C. White. “Kilang itu akan menjadi sebuah hab penting bagi rantau APAC dan menambah baik masa penghantaran kepada pelanggan kami yang dihargai. Proses pengeluaran kami akan diterajui oleh jurutera yang berdedikasi dan berpengalaman yang mematuhi tahap kawalan kualiti dan pematuhan paling tinggi. Trilliant berbangga bahawa produk ini akan mempamerkan ‘Buatan Malaysia,’ dan kami berharap dapat menyokong dalam penciptaan tambahan peluang pekerjaan berteknologi tinggi dan meningkatkan kepakaran tempatan.”
Pasukan pembuatan itu akan memberi tumpuan kepada Modul Komunikasi Trilliant (TCM) dan Pengawal Lampu Jalan Trilliant. Pengeluaran tempatan bukan sahaja akan mengurangkan kitaran penghantaran, tetapi ia juga akan mengakibatkan di dalam pengurangan CO2e di dalam proses pembuatan dan penghantaran apabila Trilliant menghantar produk kepada pelanggan tempatan antara lain merentasi rantau itu. Kira-kira 119 tan CO2e akan dikurangkan dalam tempoh tiga tahun akan datang di Malaysia sahaja.
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments