top of page
Search

WEBINAR "SAINS DAN ISLAM BERTERASKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH"

  • tuntastinta
  • Nov 3, 2021
  • 1 min read

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan sebuah webinar bertajuk “Sains dan Islam Berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah” secara maya Program ini menampilkan pakar-pakar berautoriti dan berlatarbelakangkan bidang pengajian Islam dan sains daripada kalangan para ahli bidang bagi membincangkan: (1) hubungan Al-Quran dan Al-Sunnah dengan fenomena alam dan inovasi sains, (2) isu semasa berkaitan sains dari perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah dengan fenomena alam dan inovasi sains, dan (3) interaksi Al-Quran dan Al-Sunnah dengan sains dalam usaha mendepani isu semasa berkaitan sains dalam masyarakat. Webinar ini berlangsung selama sehari dan disiarkan secara langsung kepada umum melalui laman web TVIKIM dan Laman Facebook IKIM.


Penganjuran Muzakarah Pakar ini sebenarnya sebahagian usaha berterusan IKIM dalam mengarusperdanakan pemikiran yang menyepadukan sains tabii dan pengajian Islam. Usaha ini adalah untuk mendepani fahaman ekstrem dalam kalangan masyarakat, iaitu: (1) sekularisme yang menolak peranan agama dalam pembangunan sains dan teknologi, dan (2) fahaman segelintir umat Islam yang melihat ilmu duniawi, khususnya sains, sebagai tidak serasi dengan agama, lantas menolak pelbagai manfaat perkembangan sains dan teknologi.


Webinar ini mengandungi dua sesi. Sesi pertama bertemakan “Tanda-Tanda Kebesaran Allah dalam Al-Quran”. Sesi ini menampilkan YBhg. Profesor Emeritus Dr. Shaharir bin Mohamad Zain, Felow Kehormat, IKIM; YBhg. Profesor Datuk Dr. Azizan binti Baharuddin, Profesor Kehormat, Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya; YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff, Profesor, Jabatan Al-Quran and Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya; YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd. Yusof bin Hj. Othman, Ahli Lembaga Pengarah, IKIM; dan Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh Felow Kanan/Pengarah, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2023 by Julian Alejandro. Proudly created with Wix.com

bottom of page