WIPRO DIIKTIRAF SEBAGAI 'PEMIMPIN' DALAM LAPORAN KESELAMATAN SIBER - PENYELESAIAN ...
- tuntastinta
- Aug 2, 2023
- 5 min read
WIPRO DIIKTIRAF SEBAGAI 'PEMIMPIN' DALAM LAPORAN KESELAMATAN SIBER - PENYELESAIAN DAN PERKHIDMATAN ISG PROVIDER LENS™ UNTUK SINGAPURA & MALAYSIA Wipro membawa kecekapan tinggi kepada perniagaan perundingan keselamatan siber sambil memanfaatkan ekosistem rakan kongsi yang mantap untuk memberikan nilai perniagaan yang lebih besar untuk pelanggannya.
SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia & BENGALURU, India, 2 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wipro Limited (NYSE: WIT, BSE: 507685, NSE: WIPRO), sebuah syarikat perkhidmatan teknologi dan perundingan terkemuka, telah diiktiraf sebagai 'Pemimpin' oleh ISG Provider Lens™ dalam laporan Keselamatan siber—Penyelesaian dan Perkhidmatan mereka untuk Singapura dan Malaysia. Menurut laporan tersebut, pemimpin mempunyai penawaran produk dan perkhidmatan yang komprehensif, kehadiran pasaran yang kukuh dan strategi daya saing mereka berada pada kedudukan yang kukuh untuk memenangi perniagaan di pasaran Asia.
Laporan tersebut menilai penyedia perkhidmatan global dan vendor perisian merentas beberapa dimensi utama yang tertumpu pada keselamatan siber. Laporan ISG menilai keupayaan keselamatan siber bagi 81 penyedia pada enam kuadran berikut: Pengurusan Identiti dan Capaian, Pencegahan Kebocoran/Kehilangan Data dan Keselamatan Data, Perlindungan Ancaman Titik Hujung Lanjutan, Pengesanan dan Tindak Balas, Perkhidmatan Keselamatan Teknikal, Perkhidmatan Keselamatan Strategik dan Perkhidmatan Keselamatan Terurus.
Badri Srinivasan, Ketua Perniagaan – India & Asia Tenggara, Wipro Limited, berkata, “Kami berbesar hati menerima pengiktirafan ini daripada ISG, sambil kami terus mencepatkan jejak perundingan keselamatan siber serantau kami untuk Asia Tenggara. Keselamatan siber ialah asas kepada setiap inisiatif teknologi digital yang dilakukan oleh pelanggan kami. Portfolio tawaran bersepadu kami di seluruh rantaian nilai keselamatan siber, dengan model penglibatan yang fleksibel, semakin menarik minat pelanggan kami. Kedudukan kepimpinan Wipro dalam kajian oleh ISG juga merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen kami untuk memacu nilai melalui transformasi digital bagi pelanggan kami.”
Bilangan serangan siber dan ancaman di Singapura & Malaysia meningkat dengan peningkatan pendigitalan semasa pandemik. ISG telah menyebut peranan penting Wipro dalam penawaran perkhidmatan keselamatan teknikal lanjutan yang termasuk penyelesaian IAM, keselamatan data dan awan, serta perkhidmatan forensik. Wipro telah meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai keselamatan siber dengan melabur dalam amalan Keselamatan Awan khusus yang menawarkan perkhidmatan perundingan dan nasihat, perkhidmatan perlindungan dan privasi data serta tadbir urus berterusan. Wipro mempunyai keupayaan termaju yang berkaitan dengan perkhidmatan reka bentuk dan pelaksanaan keselamatan siber yang merangkumi identiti digital, keselamatan data, keselamatan aplikasi, infrastruktur dan keselamatan teknologi pengendalian (OT).
Deepraj Emmanuel, Pengarah dan Ketua Asia, ISG berkata "Pendekatan holistik Wipro dalam menangani keperluan keselamatan siber pelanggan telah mendorong peranan Wipro sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk meningkatkan postur keselamatan siber pelanggan dan mengurangkan risiko dengan ketara. Pendekatan bersepadu yang dibawa oleh Wipro dengan pemerolehan Capco dan DesignIt, membantu pelanggan menyampaikan transformasi keselamatan yang sejajar dengan piawaian global."
Dalam laporan tersebut, ISG mengiktiraf kekuatan Keselamatan siber Wipro kerana menawarkan perkhidmatan pengesanan dan tindak balas ancaman komprehensif yang mengurangkan ancaman keselamatan bagi perusahaan di Singapura dan Malaysia. Wipro telah berada di Asia Tenggara selama lebih dua dekad, telah bekerjasama dengan perusahaan sektor awam dan swasta terkemuka merentasi pelbagai industri pada tahap yang berbeza dalam perjalanan transformasi perniagaan dan digital mereka. Wipro juga mempunyai kehadiran di rantau ini melalui entiti perolehannya - Capco, Designit, Topcoder dan Rizing.
Perihal Wipro Limited
Wipro Limited (NYSE: WIT, BSE: 507685, NSE: WIPRO) ialah syarikat perkhidmatan teknologi dan perundingan terkemuka yang memberi tumpuan kepada membina penyelesaian inovatif yang menangani keperluan transformasi digital pelanggan yang paling kompleks. Memanfaatkan portfolio holistik keupayaan kami dalam perundingan, reka bentuk, kejuruteraan dan operasi, kami membantu pelanggan merealisasikan cita-cita mereka yang paling berani dan membina perniagaan mampan yang sedia masa depan. Dengan 250,000 orang pekerja dan rakan kongsi perniagaan merentasi lebih daripada 60 buah negara, kami memenuhi janji untuk membantu pelanggan, rakan sekerja dan komuniti kami berkembang maju dalam dunia yang sentiasa berubah. Untuk maklumat tambahan, lawati kami di www.wipro.com.
Perihal Penyelidikan ISG Provider Lens™
Siri penyelidikan Kuadran ISG Provider Lens™ ialah satu-satunya penilaian penyedia perkhidmatan seumpamanya yang menggabungkan penyelidikan berasaskan data empirik dan analisis pasaran dengan pengalaman dunia sebenar dan pemerhatian pasukan penasihat global ISG. Perusahaan akan menemukan banyak data dan analisis pasaran yang terperinci untuk membantu membimbing pemilihan rakan kongsi sumber yang sesuai, manakala penasihat ISG menggunakan laporan tersebut untuk mengesahkan pengetahuan pasaran mereka sendiri dan membuat pengesyoran kepada pelanggan perusahaan ISG. Penyelidikan tersebut pada masa ini meliputi penyedia yang menawarkan perkhidmatan mereka secara global, di seluruh Eropah, serta di A.S., Kanada, Brazil, U.K., Perancis, Benelux, Jerman, Switzerland, negara-negara Nordic, Australia dan Singapura/Malaysia, dengan pasaran tambahan akan ditambah pada masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut tentang penyelidikan ISG Provider Lens, sila lawati https://isg-one.com/research/isg-provider-lens
Siri penyelidikan tambahan, iaitu laporan Arketip ISG Provider Lens, menawarkan penilaian yang pertama seumpamanya bagi pembekal dari perspektif jenis pembeli tertentu.
Perihal ISG
ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) ialah sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Rakan kongsi perniagaan yang dipercayai kepada lebih 800 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan terbaik dunia, ISG komited untuk membantu syarikat, organisasi sektor awam dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan yang lebih pantas. Firma tersebut pakar dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk pengautomatikan, awan dan analisis data; nasihat penyumberan; tadbir urus terurus dan perkhidmatan risiko; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran serta penyelidikan dan analisis teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2006, dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG menggaji lebih daripada 1,300 profesional sedia digital yang beroperasi di lebih 20 buah negara—sebuah pasukan global yang terkenal dengan pemikiran inovatif, pengaruh pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam serta keupayaan penyelidikan dan analisis bertaraf dunia berdasarkan data pasaran paling komprehensif industri.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.isg-one.com.
Kenyataan Memandang Ke Hadapan
Kenyataan memandang ke hadapan yang terkandung di sini mewakili kepercayaan Wipro berkenaan peristiwa masa hadapan, yang kebanyakannya mengikut sifatnya, adalah tidak pasti dan di luar kawalan Wipro. Kenyataan sedemikian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan mengenai prospek pertumbuhan Wipro, hasil operasi kewangan masa hadapannya serta rancangan, jangkaan dan niatnya. Wipro memberi peringatan kepada pembaca bahawa kenyataan memandang ke hadapan yang terkandung di sini adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada hasil yang dijangkakan oleh kenyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian mengenai turun naik dalam pendapatan, hasil dan keuntungan kami, keupayaan kami untuk menjana dan mengurus pertumbuhan, melengkapkan tindakan korporat yang dicadangkan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT, keupayaan kami untuk mengekalkan kelebihan kos kami, kenaikan gaji di India, keupayaan kami untuk menarik dan mengekalkan profesional berkemahiran tinggi, lebihan masa dan kos pada harga tetap, kontrak jangka masa tetap, tumpuan pelanggan, sekatan ke atas imigresen, keupayaan kami untuk menguruskan operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi, keupayaan kami untuk berjaya menyelesaikan dan menyepadukan potensi pengambilalihan, liabiliti untuk kerosakan pada kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat yang mana kami membuat pelaburan strategik, penarikan balik insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik, peperangan, sekatan undang-undang untuk mengumpul modal atau mengambil alih syarikat di luar India, penggunaan tanpa kebenaran harta intelek kami dan keadaan ekonomi am yang menjejaskan perniagaan dan industri kami.
Risiko tambahan yang boleh menjejaskan hasil operasi masa depan kami diterangkan dengan lebih lengkap dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Laporan Tahunan pada Borang 20-F. Pemfailan ini boleh didapati di www.sec.gov. Kami boleh, dari semasa ke semasa, membuat kenyataan memandang ke hadapan tambahan secara bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan laporan kami kepada para pemegang saham. Kami tidak berjanji untuk mengemas kini sebarang kenyataan memandang ke hadapan yang mungkin dibuat dari semasa ke semasa oleh kami atau bagi pihak kami.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi
Shilpi Agarwal
Wipro Limited
Sumber: Wipro Limited
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments