top of page

LANJUTAN WAKTU OPERASI KAUNTER PPZ-MAIWP BERMULA 27 HINGGA 31 DISEMBER 2022


KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melanjutkan waktu operasi di 10 kaunter PPZ-MAIWP bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2022. Bermula 27 hingga 31 Disember 2022, 10 kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi jam 8.15 pagi hingga 9.00 malam kecuali di UTC Pudu Sentral sehingga jam 8.30 malam.


Pembayar yang mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP akan mendapat cenderahati istimewa seperti kalendar eksklusif 2023 dan produk barangan asnaf (selagi stok masih ada) serta juadah ringan.


Selain itu, pembayar juga boleh memilih saluran bayaran secara atas talian melalui portal PPZ-MAIWP iaitu di www.zakat.com.my, Kaunter Zakat Digital, perbankan internet dan juga e-Wallet.


bottom of page