top of page

'MIR M: VANGUARD & VAGABOND' MMORPG WEMADE BAHARU DILANCARKAN DI SELURUH DUNIA


Permainan baharu yang mencipta semula ‘Legenda Mir 2’


Melaksanakan Ekonomi Antara Permainan bersama MIR4 dengan menggunakan token tadbir urus ‘DOGMA’


Muat turun daripada ‘Google Play’ ‘Apple App Store’ dan laman web rasmi


SEOUL, Korea Selatan, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wemade secara rasmi melancarkan ‘MIR M: Vanguard & Vagabond’ (MIR M) MMORPG di lebih daripada 170 negara di seluruh dunia pada 31 Januari 2023.


'MIR M' ialah MMORPG yang mencipta semula 'Legenda Mir 2 (The Legend of Mir 2)', wakil harta intelek (IP) Wemade yang menerima banyak perhatian daripada pemain global dan menerajui kegilaan terhadap permainan K. MIR M memaksimumkan prestasi strategik unik permainan asal dengan 'medan pertempuran grid (grid battlegrounds )' yang meningkatkan keseronokan permainan taktikal dan 'suku paparan (quarter-views)' yang membolehkan pengguna mengenal pasti komposisi pertempuran dengan mudah.


Permainan ini juga mempunyai sistem pertumbuhan baharu dengan tahap kebebasan tinggi dikenali sebagai Mandala, yang membolehkan pengguna mengaktifkan keadaan berbeza dan menyesuaikan watak dengan cara tersendiri. ‘Penaklukan Lembah Tersembunyi (Hidden Valley Capture)’ dan ‘Pengepungan Istana Sabuk (Sabuk Castle Siege)’ membolehkan pengguna bersaing untuk mendapatkan ganjaran ekonomi dan kuasa.


Token permainan 'DRONE' dan token tadbir urus 'DOGMA' telah ditambahkan kepada MIR M bagi mewujudkan 'ekonomi antara permainan (inter-game economy)' dengan MIR4. Wemade juga akan melancarkan perkhidmatan perdagangan NFT (Token Tidak Sepiawai) untuk watak dan item permainan pada masa hadapan.


bottom of page