PEMAKLUMAN PERPINDAHAN CAWANGAN SIASATAN KLANG
- tuntastinta
- Jan 4, 2020
- 1 min read
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Cawangan Siasatan Klang yang kini beroperasi di Wisma Sunway Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C Seksyen 9 Shah Alam akan berpindah ke bangunan baharu. Pejabat Cawangan Siasatan Klang ini akan beroperasi sepenuhnya di pejabat baharu pada 2 Januari 2020 (Khamis). Alamat pejabat yang baharu adalah seperti berikut: Cawangan Siasatan Klang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Aras 16, Menara Port Tech, Jalan Tiara 3, Bandar Baru Klang 41150 Klang, Selangor No. Telefon : 03-33614633 No. Faks : 03- 33581241 Perpindahan Pejabat Cawangan Siasatan Klang ini merupakan salah satu daripada inisiatif LHDNM dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan. Sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my untuk keterangan lanjut.
Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tarikh: 31 Disember 2019 SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 / 21663 Faks : 03-8313 7873 Hasil Care line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my --BERNAMA
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comments