LEGO® EDUCATION MERAYAKAN 40 TAHUN DALAM MENTAFSIRKAN SEMULA SECARA IMAGINATIF CARA KANAK-KANAK BELA
- tuntastinta
- Jan 22, 2020
- 2 min read

Penyelesaian LEGO® Education SPIKE™ Prime yang baharu untuk sekolah menengah sekarang boleh diperolehi; aplikasi dibuka untuk Program Pendidik Master LEGO Education 2020
BILLUND, Denmark, 15 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LEGO® Education merayakan ulang tahun mereka ke-40 dengan pelancaran di seluruh dunia bagi penyelesaian pendidikan mereka yang terbaru, LEGO® Education SPIKE™ Prime. SPIKE Prime menyatukan batu bata LEGO, sebuah Hab pelbagai port, sensor dan motor yang boleh diatur cara, kesemuanya dikuasakan oleh aplikasi SPIKE yang terlibat pada bahasa pengekodan Scratch, bersama-sama dengan 32 rancangan pelajaran. SPIKE Prime akan meneruskan legasi LEGO Education sejak tahun 1980 sebagai sebuah perintis di dalam pembelajaran secara amali, dengan mengubah cara pelajar mempelajari mata pelajaran STEAM. Sejak pelancarannya pada April 2019, LEGO Education SPIKE Prime telah menjadi produk yang paling dinanti-nantikan dari LEGO Education. SPIKE Prime menyampaikan suatu pengalaman pembelajaran yang intuitif, mudah suai secara semulajadi dan sangat inklusif yang membantu pelajar membina keyakinan dan membangunkan kemahiran STEAM dan abad ke-21 yang penting yang mereka perlukan untuk berjaya di dalam sebuah tenaga kerja yang pesat berubah. LEGO Education SPIKE Prime boleh dibeli mulai hari ini dengan harga $329.95, dan akan dipaparkan di Bett Show di London pada 22 hingga 25 Januari.
Dengan latihan guru, panduan untuk cara bermula, dan rancangan pelajaran percuma, SPIKE Prime direka untuk menjadi mudah dan intuitif bagi guru-guru sama seperti untuk pelajar. Tiga kursus latihan yang disampaikan oleh jurulatih guru yang disahkan oleh Akademi LEGO Education juga disediakan untuk memastikan guru-guru mempunyai segala yang mereka perlukan untuk secara yakin dan mengintegrasikan dengan jayanya SPIKE Prime ke dalam kurikulum dan rancangan pelajaran yang sedia ada.
“Sebagai seorang pendidik yang sentiasa berusaha untuk mencari cara-cara baharu bagi mengajar topik STEAM, saya teruja dengan LEGO Education SPIKE Prime kerana ia sesuai dengan set minda pembuat dan elemen kreatif yang membantu mendapatkan pelajar di semua peringkat terlibat dan secara amali di dalam bilik darjah,” kata Jon Bishop, Penyelaras STEM K-12 untuk Daerah Sekolah Umum Canton dan Pendidik Master LEGO. “Kami semua tahu topik-topik STEAM adalah penting, dan dengan SPIKE Prime anda boleh membawa ke dalam mana-mana kelas -- sama ada ia adalah kelas STEAM yang khusus atau kelas robotik atau sebuah kursus Sains, Matematik atau juga Bahasa Inggeris. Kepelbagaian dalam SPIKE Prime menjadikan saya sangat teruja untuk membawanya ke sekolah daerah saya.”
SPIKE Prime menyertai legasi LEGO Education selama 40 tahun dalam penyelesaian pembelajaran secara amali yang bersifat kurikulum bersilang, mudah untuk dilaksanakan, melibatkan semua peringkat pelajar dan boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan mana-mana kelas dari K-12. Keseluruhan portfolio LEGO Education, yang kini termasuk SPIKE Prime, telah direka khusus untuk membolehkan pelajar melibatkan secara amali dengan pelajaran yang mencabar mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif, untuk menyelesaikan masalah dan untuk berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain. Dengan penyelesaian pembelajaran amali secara kontinum, LEGO Education membantu guru-guru menggabungkan pembelajaran STEAM secara amali ke dalam bilik darjah untuk melibatkan semua pelajar dan membina keyakinan mereka dalam pembelajaran.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12993
Recent Posts
See AllVICTORIA, Seychelles, 16 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka,...
Comentários